Boy Iman Nafi Menipu Penganjuran Festival Beli-Belah Hooray X Fest Raya
Pelakon dan juga ahli perniagaan, Boy Iman serta tiga individu lain dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan menipu berhubung penganjuran festival beli-belah Hooray X Fest Raya.
Memetik Harian Metro, Boy Iman atau sebenarnya Noruliman A Rahman, Norazah Sahud, Norzana Rapie dan Nor Azmi Jantan, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.
BACA: Boy Iman Mahu Tahu Sebab Gelaran Datuk Ditarik Balik
Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa menipu Siti Wardina Basir, 21, dengan memperdayakannya dalam urusan penjualan dan penyewaan tapak perniagaan sempena festival Hooray X Fest Raya sehingga mendorong wanita itu menyerahkan wang RM1,500.
Bagi kesalahan berkenaan, mereka didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara antara satu tahun hingga 10 tahun dan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Nor Aisyah Mohamed Zanyuin yang mengendalikan kes menawarkan jaminan RM5,000 bagi setiap tertuduh.
Namun, keempat-empat tertuduh yang diwakili peguam Mohamad Syakir Mohamad Fauzi dan Earnest Azad memohon ikat jamin paling rendah kerana masing-masing mempunyai tanggungan.
Mahkamah kemudian membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin RM3,000 setiap tertuduh dengan seorang penjamin dan syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.
Sementara itu, memetik Kosmo, Boy Iman mendakwa dirinya teraniaya serta meminta untuk mendoakan buat dirinya.
“Doakan saya ya…teraniaya ni,” katanya.
- SUMBER
- Harian Metro
- kosmo
Boy Iman & geng jangan bimbang!
Ambil peguam Puteri Sarah tu. Apanama, Akberdin Kadir ke apa.
Pandai putarbelit woooh! Pandai buat aniaya kat orang. Kes Naza Group, SM Faisal yang pukul bekas isteri sampai luka dan bengkak. Tapi peguam ni pergi putar, pandai cari salah. Walaupun kecil aje, berjaya putar mahkamah supaya penjarakan bekas isteri.
MANGSA dikenakan penjara! Kalau masih tak nampak kejahatan dan hati busuk, maka awak semua pun macam dia ni jugak.
Jadi, kepada peguam Akberdin, tentu boleh tolong Boy Iman kan? Boleh ke, Bang…sat.
Mangkok ni dah sah penipu ….muka pun muka penipu …. Nama pun nama penipu …. Yang ko pi serah rm1500 kat dia tu kenapa la betina oooiii
Rahim bapak ayam
Tak baik menuduh dosa. Baru lepas ramadhan dah kumpul dosa astaghfirullah. Buat mengucap banyak banyak jangan la jeles dengan peguam handal just because u cant be one ?