Boy Iman Hanya Mampu ‘Tergelak’ Dapat Tahu Diisytihar Muflis
Hangat diperkatakan apabila laporan mededahkan pelakon yang juga ahli perniagaan Boy Iman atau nama sebenarnya Noruliman A Rahman diisytihar muflis oleh mahkamah berkuat kuasa semalam.
Difahamkan, pengisytiharan muflis itu diputuskan berikutan Boy Iman selaku penghutang penghakiman gagal melunaskan tuntutan lebih RM60,000 dibuat seorang individu pada pertengahan tahun lalu.
BACA: Boy Iman Sahkan Sudah Bercerai Dengan Isteri
Bagaimanapun, Boy Iman mengakui hanya mampu ‘tergelak’ selepas membaca laporan dirinya. Katanya, dia langsung tidak tahu menahu atau tidak dimaklumkan mengenai sebarang tindakan undang-undang yang bakal dikenakan ke atasnya terlebih dahulu.
“Saya pun baru tahu selepas membaca laporan disiarkan media sebentar tadi. Baru je baca, dan memang tak tahu apa-apa atau tak terima sebarang notis pun.
“Apabila saya merujuk kes ini pada peguam, dia juga memberi maklum balas yang sama. Apa boleh buat? Saya hanya mampu tergelak sajalah buat masa ni,” katanya kepada Malaysiakini.
Dalam pada itu, Boy Iman berkata dia sedang menunggu maklumat lanjut mengenai hal itu daripada peguamnya.
Peguam yang mewakili pemiutang memfailkan tuntutan memaklumkan Boy Iman menerusi syarikatnya, DBI Technology Sdh Bhd ada melancarkan program pembinaan rumah mampu milik dikenali DBI Homes sekitar 2017 lalu.
Ujarnya, anak guamnya menyertai program itu untuk pembinaan rumah jenis Ilham dengan kos sebanyak RM50,000. Malah, pembayaran penuh dibuat anak guam.
Pembinaan rumah itu sepatutnya siap dalam tempoh enam bulan, namun projek akhirnya tidak menjadi dan pemiutang menyedari sudah ditipu mahu membatalkan kontrak serta meminta Boy Iman memulangkan wangnya semula.
- SUMBER
- MalaysiaKini
“Bagaimanapun, Boy Iman mengakui hanya mampu ‘tergelak’ selepas membaca laporan dirinya. Katanya, dia langsung tidak tahu menahu atau tidak dimaklumkan mengenai sebarang tindakan undang-undang yang bakal dikenakan ke atasnya terlebih dahulu.”
Jenis orang yang tak nak ambil tahu dan buat-buat tak tahu. Kalau ada surat sampai pun dah tentu dia campak je, lepas tu guna alasan tak dapat apa-apa makluman. Sebab pada point of view dia, kalau dia tak baca dan tak dengar, perkara tu tak berlaku.
buat tak tahu la duit tak masyuk….biarkan la kan?
tergelak sgt dlm hati tuhan saja yg tahu kan..
so..x payah la bayr2 hutang2 org semua? bijak…bijak
Melayu tikam melayu sedeyyy…. cina2 dah berkurun buat rumah/projek kondo besar/kecik ok je sane sini xder masaalah pon tpi bila “business man” melayu jer… mcm2 cerita hancusss.
Akak pon tergelak dgn stetmen ngko..hidop dlm penafian eh..x penat kerrr..
Maknanya dia mmg x mau bayar dan x kisah jadi bankrut pun. Mmg kepala otak penipu, putar alam…
Mana ko punya company akauntant dulu yang mempertahankan business ko…???
Heran aku orang orang yg bersekongkol dengan kau dulu Tu… Pekerja pekerja ko.
Nak jadi Perniaga, sila niaga dengan jujur.
Nak ada title Doctor, sila belajar sampai ke Menara gading bukan jenis beli certificate palsu (QuegumukVida & Aura 19 – Erin please take note)
Nak berkat hidup… Jangan nak PUTAR Alam.
Ni baru kat dunia. Kat akhirat nanti ???
Tergelak ke terciduk?hahahaha padan muka ko nyah
tergelak la kau kt dunia ni lps aniaya org.. igt akhirat blh lepas??
Jgn gelak2 lah boi. Bayar balik duit org tu! Bongkak betul statement. Hawau!
Org pun tergelakkan kau! Aniaya org boleh gelak lagi?