fbpx

(Bonology) Fakta Sebenar Tentang Isu Ijazah Palsu Fazley Yaakob

Seorang penulis di Bonology.com — Idlan Zakaria telah mengeluarkan satu artikel menarik untuk kita semua dalami tentang fakta sebenar di’sebalik isu Fazley Yaakob.

Artikel bertajuk ‘Bogus PhD & Bonus McD‘ ini antara lain menyifatkan yang media sengaja memperbesarkan isu tanpa mengetahui fakta sebenar.

Kami suka untuk petik beberapa fakta menarik yang di’kupas oleh Idlan Zakaria mengenai isu ini & setelah fikir secara mendalam, Fazley Yaakob hanya mangsa keadaan & kesalahan kecil.

1) Fazley Yaakob tidak mengajar di kolej yang beliau tubuhkan & hanya bertindak sebagai eksekutif di bahagian pengurusan sahaja. Maka, kelulusan Fazley adalah tidak relevan.

2) Ijazah palsu tiada harga dalam dunia pendidikan & Fazley bukan seorang pendidik, beliau hanyalah seorang ahli perniagaan. Beliau tidak perlukan kelulusan PhD untuk membuka sebuah kolej. Semua orang boleh asalkan ada modal.

3) Kesalahan Fazley Yaakob di’sini adalah cara beliau memilih jalan untuk mendapatkan ijazah kedoktoran dari sebuah institusi yang di’ragui kelayakan’nya.

Anda boleh baca secara lanjut di Bonology.com — ada fakta mengenani University of Wales sendiri yang terdesak untuk menjalankan perniagaan.