fbpx

Bonda Rozita Terkejut Menantu Pergi Umrah Tak Inform

Baru-baru ini, isteri kepada usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri iaitu Datin Shahida ada memuat naik satu hantaran di Instagram memaklumkan dia telah berangkat ke tanah suci untuk menunaikan umrah.

Menerusi entri tersebut, Shahida memuat naik gambarnya bersama anak bongsunya berada di dalam pesawat. 

BACA: “Saya Dah Nasihat, Dia Bukan Budak-Budak Yang Saya Kena Pantau” – Datin Shahida

Apa yang menjadi perhatian, komen daripada ibu mentua Shahida iaitu Bonda Rozita yang seolah terkejut apabila tidak dimaklumkan keberangkatan Shahida ke Tanah Suci.

Komen Bonda Rozita itu dibalas oleh Shahida mengatakan dia tidak sempat untuk maklumkan kerana kelam kabut dengan acara di pagi hari.

Sementara itu, ada segelintir netizen yang pelik apabila perkara itu tidak dimaklumkan kepada Rozita. Tidak kurang juga, ada yang menasihatkan agar tidak masuk campur hal keluarga orang lain.