Seringkali terpalit mengenai soalan jodoh, Elfira Loy dalam satu kenyataan kepada Astro Gempak menyatakan bahawa dia tidak mempunyai masalah untuk berkenalan dan jika ada yang berminat untuk menyunting dirinya, lelaki berkenaan haruslah bertemu dengan keluarganya terlebih dulu.
BACA: Elfira Loy Gesa Peminat Jangan Hakimi Uqasha Senrose
“Saya tak sorokkan apa-apa dan ya saya masih solo, saya okay saja kalau ada sesiapa yang nak berkenalan. Cuma saya nak beritahu saya lebih sukakan kalau berkenalan dengan cara tradisional di mana mereka perlulah berjumpa dengan keluarga saya”
“Saya rasa cara itu lebih baik dan saya rasa tak ramai lelaki yang berani untuk melakukan perkara itu,” jelasnya kepada portal berkenaan. Tambah Elfira, buat masa ini dia tidak merasakan terlalu tergesa gesa ke arah perkahwinan.
Sehubungan dengan itu, dia mahu menggunakan masa yang ada ketika ini untuk membina kerjaya terlebih dahulu. Malah Elfira sebelum ini dalam satu kenyataan pernah menyatakan bahawa dia agak susah untuk menemui teman lelaki yang sesuai. (rtky/s)