fbpx

Boleh Rentas Negeri, Makan Di Kedai Untuk Rakyat 2 Dos Vaksin

Menerusi pengumuman khas sebentar tadi, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan beberapa kemudahan-kemudahan khas bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap.

Kerajaan bersetuju untuk memberi kelonggaran kepada individu yang lengkap dua dos vaksin dibenarkan untuk aktiviti makan dalam premis di negeri dalam dalam Pelan Pemulihan Negara Fasa 2 dan seterusnya bermula 10 Ogos 2021 ini.

Bagi ibu bapa yang lengkap dua dos vaksin yang ingin membawa anak-anak tetapi perlu memastikan mereka ikut SOP yang ditetapkan.

Pasangan suami isteri PJJ lengkap dua dos dibenarkan rentas daerah dan negeri. Manakala, ibu bapa yang sudah dapat vaksin dos lengkap dibenarkan rentas daerah atau negeri untuk berjumpa anak di bawah usia 18 tahun.

Pengembara warganegara dan bukan warganegara yang mempunyai kediaman di Malaysia tiba dari luar negara dan telah mendapat vaksin dos lengkap, dibenarkan menjalani kuarantin wajib di rumah.

Aktiviti Solat

Kerajaan bersetuju aktiviti solat sahaja dibenarkan di masjid dan surau bagi jemaah yang telah menerima vaksinasi lengkap.  Aktiviti solat sahaja dibenarkan ke atas semua fasa.

Bagi individu yang mengambil suntikan vaksin dua dos iaitu jenis Pfizer, Astra Zeneca dan Sinovac, individu peru melepasi hari ke 14 setelah vaksinasi untuk mendapatkan kemudahan ini. Manakala untuk vaksin satu dos, kemudahan ini terpakai jika lepas hari ke 28 dari tarikh suntikan.

Jemaah perlu menunjukkan sijil digital lengkap dua dos vaksin kepada petugas masjid atau surau sebelum masuk ke pusat ibadah.