fbpx

Bocey Mula Naikkan Harga & Makin Lupa Diri?

Berdasarkan reputasi dan juga populariti yang sekian meningkat, ada pihak yang mendakwa kumpulan Bocey sudah mula menaikkan harga untuk persembahan malah dalam masa yang sama turut mula lupa diri namun perkara tersebut disangkal oleh Abam.

BACA: Abam Bocey Mahu Turun Berat Badan 30 Kilogram

“Saya menafikan tuduhan yang dilemparkan terhadap kami kerana setakat ini belum ada mana-mana pihak yang menyuarakan pendapat berkenaan lupa diri. Kami sendiri terkejut apabila ada yang bertanyakan sama ada kami lupa diri”

“Sebagai artis, kami rasa kami cuba sedaya upaya untuk melayan peminat sama rata tetapi tidak tahu pula jika ada pihak yang terasa hati dengan tindakan kami tanpa disedari. Malah pihak yang mengenali kami pastinya tidak akan percaya gosip ini kerana tahu kami bukanlah seperti yang didakwa,” jelas mereka.

Melalui BH Plus juga, Abam, Fard dan Acey memohon maaf atas perlakuan mereka jika ada yang tersinggung. Selain itu, Bocey juga tidak kisah sekiranya ada di antara mereka yang lebih menonjol kerana perkara tersebut juga menaikkan nama Bocey itu sebagai satu kumpulan. (rtky/s)