fbpx

Bobo Dimana Lagu Paling Trending Di Google Malaysia 2018

Pejam celik tidak lama lagi kita akan meninggalkan tahun 2018 dan bakal menyambut tahun baru 2019. Sepanjang tahun 2018 ini, kita menyaksikan kemunculan banyak video trending dan viral serta peristiwa yang menjadi perhatian ramai. Pasti anda ingin tahu carian paling trending di Google Malaysia sepanjang tahun 2018.

Baru-baru ini, Google Malaysia telah menyenaraikan senarai carian trending dalam beberapa ketagori carian antaranya umum, orang, berita & peristiwa, filem, muzik dan TV.

Apa yang menjadi perhatian ialah dalam kategori carian muzik, lagu Bobo Dimana nyanyian usahawan terkenal, Datuk Aliff Syukri berada di kedudukan ketiga selepas Baby Shark (Pinkfong) dan Perfect (Ed Sheeren). Nampaknya lagu tersebut tersenarai dalam carian paling tinggi hasil daripada kecaman netizen sendiri.

Untuk kategori carian ‘orang’, bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor menungguli carta tersebut. Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq turut tersenarai dalam carian trending lima teratas.

Untuk filem pula, Black Panter menduduki carta teratas, manakala ‘Hantu Kak Limah’ menduduki tempat ke-7 dan merupakan satu-satunya filem Melayu yang tersenarai dalam kategori carian treding tersebut.

Bagi kategori TV, drama Lafazkan Kalimah Cintamu lakonan Nelydia Senrose dan Farid Kamil tersenarai carian paling trending mengalahkan dua drama Melayu lain dalam carta lima teratas iaitu Kekasih Paksa Rela dan Jangan Benci Cintaku.