Penyanyi Zizi Kirana sememangnya sangat sinonim dengan imejnya yang agak seksi. Bagaimanapun, Zizi meluahkan rasa bengang namanya menjadi sasaran dan dikaitkan dengan isu imej seksi kumpulan popular K-pop, Blackpink yang mengadakan konsert di Kuala Lumpur minggu lalu.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
Ujar Zizi lagi, dia juga tidak faham apabila segelintir peminat yang obses tidak boleh menerima apabila idola mereka dikecam kerana terlalu seksi sehingga namanya turut diheret sama dengan isu tersebut.
BACA: Coach Yin Bengang Dituduh Menggatal Dengan Zizi Kirana
“Kenapa pula nama saya tiba-tiba kena diheret dalam perdebatan mengenai isu BLACKPINK pakai seksi?. Saya langsung tiada kaitan dan sebenarnya tak ambil tahu pun. Bagaimanapun, saya pelik apabila netizen sudah mula ‘tag’ atau memetik nama saya. Bukan satu dua, ramai pula tu.
“Saya faham jika mereka terlalu obses terhadap idola. Tapi janganlah sampai heret nama saya yang tiada kaitan dalam hal ini,” katanya kepada Harian Metro.
Terdahulu, isu imej seksi Blackpink menjadi bualan ramai apabila Abby Abadi mengeluarkan kenyataan mengatakan skirt yang dipakai kumpulan tersebut terlalu pendek.
Namun, kenyataan Abby itu dibidas oleh peminat kumpulan tersebut dan mengaitkan dengan penampilan seksi artis Malaysia antaranya Zizi yang dikatakan lebih seksi.