Baru-bari ini, Black Hanifah dikecam hebat oleh netizen susulan kenyataannya yang mencadangkan agar kerajaan tidak meminggirkan penggiat seni yang terjejas susulan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kenyataannya itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang berpendapat selepas menunjuk kemewahan mahu meminta bantuan dari kerajaan pula. Namun, Black menegaskan kenyataannya itu bukan untuk dirinya tetapi artis veteran dan mereka bekerja di belakang tabir.


BACA: “Saya Bukan Bodoh Sangat, Dah Tunjuk Mewah Lepas Tu Minta Bantuan”

Meskipun dikecam teruk, namun Black tetap prihatin untuk membantu meringankan beban golongan yang terkesan sepanjang tempoh PKP dengan tidak mengambil sewa bulan April daripada beberapa penyewa rumah miliknya.

Menerusi perkongsian itu Black turut mengatakan janganlah pula ada pihak mengatakan dia mahu menunjuk-nunjuk pula kerana dia juga turut membantu mereka yang tidak berkemampuan di saat-saat genting ini.

Seperti sudah dijangka ada sahaja netizen yang terus mengecamnya dengan menuduh penyanyi itu sengaja mahu menayang hartanya.  Bagaimanapun, Black dilihat menutup ruangan komen pada perkongsian tersebut.