Beberapa hari lalu, tular di media sosial pelakon dan penyanyi Bella Astillah meraikan sambutan ulang tahun kelahiran kedua-dua anaknya, Ayden Adrean dan Ara Adreanna.
Turut menjadi perhatian, majlis hari lahir itu disambut penuh meriah yang turut dihadiri Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq yang memakai kostum Superman.
BACA:
Sementara itu, diruangan komen Instagram Aliff Aziz, ada netizen mempersoalkan pelakon dan penyanyi itu tidak memuat naik ucapan ulang tahun kelahiran buat kedua-dua anaknya.
Dalam pada itu, ada yang memberikan kata-kata semangat buat Aliff untuk terus bangkit selepas terpalit kontroversi ditangkap khalwat pada tahun lalu.
