fbpx

Bimbang ‘Pergi’ Dalam Keadaan Tak Aman, Fynn Jamal Mohon Maaf

Umum mengetahui baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai penyanyi Fynn Jamal susulan kenyataan berhubung isu rogol yang menimbulkan rasa kurang senang dikalangan netizen dan ramai pihak.

Bagaimanapun menerusi Instagram, Fynn Jamal memaklumkan dia akan menjalani prosedur pembuangan sista (cyst). Bimbang andai ditakdirkan meninggal dunia dalam keadaan tidak aman, Fynn memohon maaf di atas kenyataannya sebelum ini.

BACA: Netizen Puji Wardina Beri Hujah Padu Kepada Fynn Jamal

“Saya tak mahu tinggalkan dunia dalam keadaan tak aman dan kesal. Takut apa yang terbaki menjadi punca tak diterima Allah pula.

“Maaf salah dan silap daripada pihak aku jika ia tak selari dengan apa Allah syariatkan dan untuk semua yang ada salah dan silap. Jangan serabut-serabut, daripada belah aku, halalan toiyiban,” tulisnya.

Dalam pada itu, Fynn berkata dia menyerahkan semuanya kepada Allah. Fynn turut mendoakan agar jaga diri baik-baik dan menitipkan pesanan menjaga hubungan dengan Allah kerana Allah pasti akan jaga kita.

Terdahulu, hangat diperkatakan kenyataanFynn Jamal seolah menyalahkan penampilan wanita punca gangguan seksual yang berlaku kepada mereka. Malah, Fynn turut mengaitkan filter di media sosial dengan jenayah rogol.