Bimbang Isteri Sedang Hamil Naik Tangga, Irwansyah Sediakan Lif Dalam Rumah
Hampir sembilan tahun menanti dan akhirnya bakal menimang cahaya mata sulung beberapa bulan lagi, pelakon dan penyanyi Indonesia Irwansyah memberitahu dia kini dalam proses melakukan persiapan menyambut kelahiran anak pertamanya.
Katanya lagi, dia dan isterinya, Zaskia Sungkar dalam perancangan untuk berpindah ke rumah baharu yang lebih selesa. Menerusi YouTube miliknya, Irwansyah turut berkongsi keadaan rumah baru mereka yang masih sedang diubah suai.
BACA: Sembilan Tahun Menanti, Irwansyah & Isteri Bakal Timang Anak Pertama
Apa yang menarik mengenai rumah barunya itu, Irwansyah turut menyediakan lif di dalam rumah kerana bimbang dengan keadaan isterinya yang kini sedang berbadan dua.
“Ini ruang untuk menonton TV, ruang untuk keluarga bersantai, dan nanti ada ruang untuk Zaskia bersenam. Walaupun ruang rumah tidak terlalu besar tapi cukup la untuk keluarga kecil saya.
“Nanti akan ada lif sebab bimbang nak biarkan Zaskia naik turun tangga dalam keadaan hamil. Jadi, nanti dia gunakan lif saja untuk naik ke ruang atas rumah,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
Wah² ada lif lagi… Happy sgt tu yelah dah lama tunggu… Semoga semua selamat
bestnya ada laki yg sayang.
bukan mcm retis alim2 tu blm sampai 2 tahun sdh berzina dgn tunang orang.
ini sungguh sabar, semoga selamat semua
Wow katanya abang irwansyah… Syg betul isteri… Mmg betullla pencinta wanita
Kayanya*