Selebriti popular Neelofa berkongsikan bakal menghantar anak sulung mereka, Muhammad Bilal ke prasekolah bermula minggu hadapan.
Perkara itu dikongsikan oleh Neelofa di Insta Story, namun bimbang apabila sekolah tersebut tidak membenarkan ibu bapa mengakses rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk memantau anak-anak mereka.
BACA: Mahu Berpantang Cara Tradisional, Neelofa Import ‘Kak Dib’ Dari Terengganu
Neelofa turut berkongsikan sekolah anak rakannya yang diberi akses untuk memantau anak mereka menerusi CCTV.
“Minggu depan Bilal akan mula pra sekolah dan saya ada bertanya kepada pihak sekolah sama ada ibu bapa boleh akses CCTV atau tidak.
“Salah seorang rakan saya berkongsi bahawa semua ibu bapa di sekolah anaknya boleh mengakses CCTV pada bila-bila masa. Sayangnya, sekolah yang saya rancang untuk menghantar Bilal tidak membenarkan ibu bapa melihat CCTV mereka,” tulisnya.
Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata lelaki Muhammad Bilal, Abdullah Abbas kini berusia dua bulan.