“Bila Saya Di Malaysia Halau Suruh Ke Indonesia, Bila Cakap Ada KTP Persoal Pula” – Baby Shima
Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai penyanyi dangdut, Baby Shima apabila didakwa memiliki dua kerakyatan iaitu Malaysia dan Indonesia.
Menerusi satu video tular di TikTok, Shima menjawab pertanyaan hos program di Indonesia mengenai keinginan menjadi warga negara itu. Shima menjawab dia sudah menjadi rakyat Indonesia sambil mengeluarkan kad pengenalan atau Kartu Tanda Pendudukan (KTP).
BACA: “Neelofa Yang Bertutup Litup Pun Kena Kecam” – Baby Shima
Memetik BH Online, Baby Shima yang kini berada di Indonesia enggan mengulas mengenai perkara tersebut serta mengatakan dia sayangkan Malaysia dan juga negara seberang itu.
Sementara itu, Shima berkata individu yang memuat naik video rakaman temu bual itu di TikTok itu seolah sengaja mahu mengenakannya. Malah, Shima turut hairan netizen masih mengambil tahu tentang dirinya sedangkan tidak suka.
“Apabila saya berada di Malaysia, mereka halau saya dan suruh saya pergi Indonesia. Bila kita cakap ada KTP, dipersoalkan pula. Apa yang mereka mahukan sebenarnya? Atau mereka sebenarnya tidak boleh lupakan saya?” katanya.
Dalam pada itu, Shima berkata dia akan berada di Malaysia dan Indonesia kerana perlu berulang alik di kedua negara demi kerjayanya sebagai pelakon dan penyanyi.
“Saya akan sentiasa berulang alik antara Malaysia dan Indonesia kerana perlu memenuhi undangan. Buat masa ini, saya berada di Jakarta kerana terbabit dengan persembahan untuk program ambang tahun baharu.
“Baru dua minggu sudah saya pulang kerana ada ‘show’ di Seremban, Negeri Sembilan. Selagi masih diperlukan, saya akan terima sahaja tawaran yang datang tidak kisah sama ada di Indonesia atau Malaysia,” katanya.
- SUMBER
- BH Online
Ko ni bodoh asyik bertengkar dgn haters dan netizen jek. Ramai jek retis yg kena bahan berjemaah kt Msia ni tp yg paling bodoh ko ler sekor jek!!!
Netizen tidak persoalkan apa cuma pelik kenapa ada dwi warganegara, Jika dah pilih KTP letgo IC Malaysia,,end of story dan media Malaysua pun tak perlu cover story dah
Lebih kita cermin diri daripada mengata orang tidak betul bab hak orang boleh 2 warganegara itu untuk dia mencari rezeki sebab babyshima dia tak ada gosip yang kontroversi dia jaga aib dan imej seorang artis wanita yang baik macam Reen Rahim saya sokong babyshima sepatutnya kita rakyat malaysia kita beri sokongan dan galakan bukan bunuh kariernya
jika ada anugerah artis ‘paling x cerdik’ mungkin milik dia kut
..cut short..sila meninggal..ahakss
Reen Rahim tidak panaskan keadaan dengan statement, Reen tetap cool tapi Shima ni memang “meminta” dengan setiap statement yang dikeluarkan jadi terimalah seadanya. Jika artis tu bijak tidak sewenang-wenangnya keluarkan statement yang kureng bijak.. ni bukan artis tapi kategori ‘retis’
Setau sy kalau rakyat Malaysia mempunyai kewarganegaraan lain,secara automatic kewarganegaraan Malaysia adalah terbatal. Ni belajar sejarah masa sekolah menengah dulu lah. Tak tau lah kalau sekarang ni dah berubah pula undang2.
jangan marah saya tegur ye baby shima awak ni boleh di ketegori artis tak boleh ditegur dan bimbo
Bila orang lain tegur pakaian awak awak bising sebab itu di panggil artis tak cerdik . Orang tegur pakaian awak sebab tak nak awak di ratah.
Saya rasa ada baiknya awak JANGAN jadi artis kalau tak boleh ditegur ingat sebagai artis public figure
Mmg saya saran kau duk sana…mangung kat sana…kau gelek 45 darjah pun org tak kisah ..kau pakai sepnder pun org tak marah ..kat sini, msia, ramai bertutuo kepala, mulut terbuka bau najis…acah alim, tapi mengata kuat