fbpx

“Bila Orang Melayu Kita Nak Berjaya?”

Kalau lihat kepada bentuk badan Siti Sarah memang bak anak dara, ramping dan cantik walaupun beranak tiga. Tetapi baru-baru ini ada dakwaan mengatakan beliau membuat pembedahan potong usus untuk kelihatan kurus. Berang dengan fitnah itu, Sarah menafikan sekerasnya dan menjelaskan beliau menggunakan produknya sendiri untuk kurus.

BACA: Peminat Goda Shuib Depan Mata Siti Sarah

“Subhanallah bilalah orang melayu nak berjaya. Bila produk saya laris dipasaran macam-macam tomahan saya dapat. Kali ni saya tak boleh berdiam diri. Biadap sungguh orang yang fitnah saya. Kenapa perlu saya potong usus untuk menipu orang? Saya dapat turunkan berat badan saya dengan mengamalkan produk saya sendiri”

“Dan banyak orang yang berjaya turunkan berat badan dengan produk saya! Jangan tipu orang hanya kerana awak nak jual barang awak. Awak fitnah saya. Kalau tak kat sini awak dapat balasan kat sana awak jawab,” tulisnya menerusi Instagram mengenai dakwaan membuat pembedahan untuk jadi kurus.

Difahamkan berita tersebut tersebar berikutan sebuah artikel yang ditulis media tempatan mengenai Sarah yang sebenarnya melakukan pembedahan potong usus untuk tampil kurus dan bukan menggunakan produk yang dijualnya. Dakwaan itu turut mendapat respon dari suami, Shuib Sepahtu yang kecewa dengan fitnah yang dilemparkan.

Luahan Sarah di Instagram membuatkan ramai membanjiri ruangan komen penyanyi itu dengan rasa simpati terhadap kejadian yang menimpa. Tidak kurang juga yang turut sama marah dengan sikap orang Melayu yang suka dengki dengan kejayaan orang lain. Apapun diharap Sarah sabar dengan dugaan ini, biasalah tidak semua orang suka bila kita berjaya. (rtky/w)