fbpx

“Bila Masa Pula Saya Nak Menikah Datuk?”

Baru-baru ini dikala pergolakkan hubungan Emma Maembong dan Kamal Adli tercetus, timbul nama Datuk Salim Rahman yang mengaku rapat dengan Emma dan keluarganya. Bagaimanapun Emma menafikannya tetapi memberitahu keluarganya sering bergurau meminta Salim meminangnya.

BACA: “Saya Belum Lamar Emma Maembong Seperti Didakwa”

“Salim adalah kenalan abang ipar saya dan serta keluarga agak rapat dengannya. Apabila abang ipar dan kakak keluar bertemu rakan mereka, kadang-kadang saya ada bersama. Jadi secara tidak langsung kami menjadi kawan. Saya tahu abang ipar sering bergurau dengan Salim dengan memintanya untuk meminang saya”

“Percayalah tiada yang serius mengenai perkara itu. Ianya diketahui Kamal kerana tiada rahsia antara kami. Semua perkara berlaku membabitkan hal peribadi sepanjang bersama Kamal, semuanya saya kongsikan dengannya”

Malah persahabatan Emma dengan Salim turut menjadi bualan hangat apabila ada pihak mengatakan Emma merupakan punca perceraian Salim dengan bekas isterinya tiga minggu lalu. Emma turut menegaskan hubungan beliau dan Salim juga turut diketahui Kamal kerana tiada rahsia diantara mereka.

“Ketika itu ada juga orang mahu masuk meminang dan perkara itu saya beritahu kepadanya. Sebagai kawan paling rapat, saya tidak pernah simpan satu perkara pun daripada Kamal,” jelasnya kepada Harian Metro. (rtky/w)