fbpx

“Bila Kerajaan Bertukar, Tiba Tiba Ucap Tahniah”

Tidak dinafikan perubahan kerajaan kali ini membuatkan ramai selebriti tiba-tiba muncul menyatakan sokongan. Hal ini turut dirasai oleh Farid Kamil yang suatu ketika dulu disisihkan rakan-rakan gara-gara menyokong pembangkang.

BACA: Farid Kamil Didakwa Buat Laporan Palsu

“Diakui memang ramai rakan menjauhkan diri. Baru saya tahu siapa kawan dan lawan. Dari situ, jelas menunjukkan apa yang saya impikan dari segi perubahan dalam negara tidak mendapat sokongan rakan rakan dan orang sekeliling”

“Malah, selama ini saya langsung tidak menyedari mereka sebenarnya tidak menyokong saya. Namun, apabila kerajaan bertukar, mereka secara tiba-tiba mengirim ucapan tahniah. Kalau tidak cakap perkara betul, takkan ada perubahan berlaku,” jelasnya kepada Harian Metro.

Tambah Farid, ramai rakan seperjuangannya menjauhkan diri daripadanya sebelum ini kerana merasakan beliau terlalu lantang menentang kerajaan dulu. Namun perkara itu tiba-tiba saja berubah selepas kemenangan Tun M.

Terdahulu, beberapa selebriti dikritik hebat kerana didakwa lalang dalam menyatakan sokongan kepada kerajaan. Turut mendapat tempias tersebut, Che Ta dan Wak Doyok yang kini aktif memuji ke langit pemerintahan Tun M. (rtky/w)