fbpx

Bila Kalah, Skuad Bola Sepak Negara B-19 Jadi Mangsa

Skuad B-19 tahun negara yang berjaya menentang pasukan lawan, Skuad Garuda Muda, menerusi perlawanan peringkat separuh akhir Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2018, bawah 19 tahun (B-19) berjaya membawa pasukan ini ke final.

Skuad kendalian Bojan Hodak ini akan beraksi sekali lagi di Stadium Gelora Delta Sidoarjo, apabila memperoleh kerjayaan menerusi sepakan pelnati 3-2 selepas aksi sebenar separuh akhir tamat 1-1.

Bagaimanapun, pemain Malaysia berdepan detik cemas apabila diserang penyokong tuan rumah di akhir perlawanan sehingga menyebabkan mereka diminta untuk berlari menuju ke bilik persalinan bagi tujuan keselamatan.

Menurut laporan Berita Harian, Bojan Hodak menyatakan bahawa pasukan kendaliannya dan pengawai pasukan diserang bertubi-tubi apabila dibaling botol minuman dan batu oleh penyokong Indonesia.

“Mereka (penyokong Indonesia) membaling botol minuman dan batu ke arah kami, mujur kami sempat lari keluar meninggalkan padang dengan segera. Kami bernasib baik tiada yang cedera” katanya ketika dihubungi pihak NSTP.

“Saya tidak tahu sama ada pihak pengurusan (Persatuan Bolasepak Malaysia) ada membuat aduan kepada pihak tuan rumah dan AFF. Memang kecewa perkara seperti ini masih berlaku.”

Bagaimanapun insiden ini langsung tidak menjejaskan semangat skuad B-19 untuk membuat persiapan dalam pertembungan dengan Myanmar bagi memburu kejuaraan pertama selepas gagal dalam lima aksi final sebelum ini.

Skuad B-19 dijangka menentang Myanmar Sabtu ini dalam aksi final yang dijangka berlangsung pada jam 4.30 petang. Ini merupakan kali keenam Skuad B-19 layak ke final selepas hanya bergelar naib juara tahun lepas.