“Bila Kahwin Orang Muda Rasa Lebih Muda, Dulu Jarang Ke Masjid Sekarang Dah Selalu” – DDNK
Pakar Pelaburan Saham, Datuk Dr Mohd Nazri Khan atau lebih dikenali sebagai DDNK berkata dia kini rajin ke masjid berbanding sebelum ini.
Memetik Harian Metro, DDNK berkata perkara itu tidak berlaku pada perkahwinan pertama. Ujarnya lagi, dirinya rasa lebih muda apabila berkahwin dengan wanita muda.
BACA: Dituduh Bergambar Mesra Dengan Mat Sabu, Isteri DDNK Lapor Polis
“Bila saya kahwin dengan yang lebih muda ini saya pun berasa lebih muda. Kalau dulu saya jarang pergi masjid, sekarang saya sudah selalu, kalau dulu jarang pergi kuliah agama sekarang sudah kerap.
“Bukan saya mahu salahkan isteri pertama, cuma perjalanan hidup saya seperti itu. Saya belajar daripada perceraian yang berlaku.
“Saya rasa refleksi dan peluang kedua saya dalam kehidupan. Walaupun isteri kedua saya ini muda, tapi dia membantu saya menghampiri matlamat hidup iaitu berjaya di dunia dan akhirat. Alhamdulillah, hidup saya lebih tenang dan tidak banyak pening kepala dari segi kerja,” katanya.
Menurut DDNK lagi, dia mengakui pengalaman hidup dengan bekas isteri sebelum ini serta dengan isteri kedua ada kelebihan masing-masing serta mengatakan kedua-duanya hebat dan sebagai lelaki dia memerlukan isteri yang sentiasa memberikan sokongan.
“Pengalaman hidup dengan isteri pertama dan kedua, masing-masing ada kelebihan. Untuk isteri kedua yang lebih muda ini dia lebih manja, lebih fleksibel, dengar cakap dan tak banyak kerenah. Mungkin rasa hormatnya ada di situ. Tapi, dia juga lebih nakal, kuat cemburu dan kuat merajuk.
“Kalau isteri yang dulu lebih berusia, dia lebih matang, terbuka, bersikap keibuan dan faham kehidupan. Tapi, itu adalah pilihan kita. Keduanya hebat dan perlu tahu apa matlamat hidup. Kita perlukan isteri yang boleh sokong matlamat kita,” katanya.
Dalam pada itu, DDNK berkata dia tidak bersetuju gelaran ‘penyondol’ diberikan terhadap wanita yang menjadi isteri kedua kerana ia tidak berlaku sebelah tangan sahaja tetapi melibatkan kedua-dua pihak.
“Saya tak bersetuju ‘penyondol’ dalam istilah isteri kedua. Bagi saya ia tidak boleh berlaku sebelah tangan. Tidak boleh rempuh atau santau untuk terus berkahwin. Ia mesti bertepuk dua belah tangan.
“Bila sebut berkenaan cinta dan sayang, ia adalah perkara yang kita tiada daya untuk menahan. Bila sudah sayang, kita tidak boleh menipu perasaan. Bila kita kata sayang, maksudnya kita memang sayang. Bagi saya, tidak boleh seorang saja yang sayang untuk terus kahwin.
“Jadi, sondol menyondol ini tidak betul. Kalau daripada konteks saudara Syamsul (Syamsul Yusof) atau sesiapa saja, apa yang penting adalah kalau boleh berbahagia dengan yang pertama atau kedua (isteri) itu yang terbaik. Saya tiada pengalaman sebegitu, isteri saya yang kedua memang sangat baik,” katanya.
Terdahulu, DDNK mendirikan rumah tangga dengan Tuan Nor Ernie Rossmeris Tuan Zahari pada September tahun lalu.
- SUMBER
- Harian Metro
siapalah si mamat nie…..haiz….
tibbberrrrrrrhhhhhhhhhhhhhhhhh
Bodohnya kenyataan kau ni mamat weh….?
Baguslah tu, dah bina masjid baru selalu pula menghuninya. Syabas
Meluat pulak aku dok banding2 yang dulu dgn yang baru..alahai diam2 jelah..tak malu ke dok buka aib sendiri..tak paham aku..
Siapa ?
..larr..nak tunggu kawen muda baru nak rajin eh..
..bini kedua baik ada makna
nanti bini ke dua tua kawin lagi cari yang umur 18tahun sipaya selalu ke masjid hari2 sebab kau sdh nak.mati baru teringat dengan yg tua yg menolong jadi kaya.
ini mesti kawan samsol, bini tua x di peduli skandal di belai.
Dulu struggle untuk memantapkan ekonomi, sibuk pagi petang siang malam, mungkin tiada masa nak singgah masjid. Malah ada juga solat pun kadang buat kadang tertinggal. Tapi bila ekonomi dan stabil, hidup senang, dunia pun nampak indah. Di situlah ujian bermula, Allah hadirkan orang ketiga untuk melihat bagaimana menghadapi situasi itu…di situlah kesetiaan seorang suami diuji…
Cuba tengok kalau kau jadi miskin papa kedana. Kau rasa bini muda penyondol tu masih nak “lebih manja, lebih fleksibel, dengar cakap dan tak banyak kerenah” ??
Cuba ko tak bagi satu sen pun kat dia. Tengok perangai sebenar dia keluar…
Teringat penyondol ko bergesel-gesel bergambar dengan Mat Sabu.
Biar tak hensem, janji ada kaki Sondol tolong perabih beras…
Lain kali nak pilih Bini… Sila Google dulu latar belakang. Nasib ko lah labu, ko yg sanggap nak jenis penyondol untuk generasi ko.