fbpx

Rumah tangga pengarah Aziz M Osman dengan isteri, Puteri Lily Lokman dilaporkan sudah berakhir apabila perkahwinan yang dibina 13 tahun lalu akhirnya terlerai pada bulan lalu.

Mantap! Kali Ini Siri HONOR 200: Flagship Estetik AI Lengkap Dengan Versi Pro Spesifikasi Flagship Lagi

Baru-baru ini Siri HONOR 200 telah dilancarkan secara rasmi, dan ini adalah kali pertama HONOR memperkenalkan versi Pro dalam siri N ke Malaysia. Jangan tak tahu, Siri HONOR 200 hadir dengan sistem tri-kamera 50MP standard, mod...

Baca Lagi

Menerusi temu bual bersama Melodi baru-baru ini, Puteri Lily berkata keputusan berpisah adalah jalan terbaik, malah kedua mereka jadi lebih tenang selepas bercerai.

BACA: Bapa Mentua Anggap Aziz M Osman Menantu Yang Baik

Katanya lagi, tiada siapa yang mahukan perceraian namun keputusan tersebut juga adalah yang terbaik demi anak-anak mereka.

@melodiberapi

Ramai yang terkejut dengan berita ini, tak ada angin tak ada khabaran tentang masalah mereka tahu2 dah bercerai.. jangan keruhkan keadaaan, kita doakan yang terbaik buat mereka berdua.. #meloditv3 #cerai #fyp? #ceritaartismalaysia #fyp??viral

? original sound – Melodi – Melodi tv3

“Bila tiada sefahaman, lebih baik perpisah secara baik. Mungkin kami berdua gagal sebagai pasangan hidup, namun sebagai kawan insya-Allah kami baik.

“Tiada orang yang inginkan perceraian, kalau berlaku perceraian itu akan menjadi fasa terendah dalam hidup mereka. Ini (cerai) adalah keputusan terbaik untuk anak-anak juga, kalau ibu bapa ada konflik itu tidak bagus untuk anak-anak.

“Apabila kami berdua sudah bercerai, alhamdulillah kami rasa tenang. Anak pun okay. Anak-anak juga dilihat sangat berlapang dada menerima keputusan ini,” katanya.

Sementara itu, Lily berkata dia sudah berusaha yang terbaik untuk pertahankan rumah tangga mereka dan baginya agak lama mereka bertahan namun cukup sampai disini.

“Bila hidup ini rasa I’m done dan sudah berusaha buat yang terbaik, rasa sudah sampai limit, dah tak nampak jalan untuk selesaikan lagi. Saya sudah bersedia dari suduh mental dan fizikal barulah kami teruskan untuk bercerai. Selebihnya tidak boleh dikongsikan kepada umum apa sebab terperinci,” katanya.

“Tempoh 13 tahun sebenarnya agak lama untuk kami bertahan, ia bukan mudah juga sebenarnya. Alhamdulillah, Allah permudahkan sampai di sini,” katanya.

Dalam pada itu, ditanya adakah perpisahan tersebut disebabkan wujudnya orang ketiga, Lily enggan mengulas lanjut kerana sudah berjanji dengan anak sulung mereka, Puteri Nur Azzahra.

“Saya tidak boleh komen banyak tentang isu ini kerana sudah berjanji dengan anak sulung saya. Malah ibu bapa saya pun tak tahu kami akan cerai, mereka sangat terkejut.

“Tiba-tiba beritahu ayah saya esok paginya mahu cerai. Dia pun tak sangka, sebab saya bukan jenis yang suka cakap negatif atau burukkan sesiapa,” katanya.