fbpx

“Bila Berlakon Tak Perlu Sentuh-Sentuh, Rasa Diri Mahal”

Pelakon Nora Danish meluahkan rasa syukur selepas berhijan tawaran lakonan diterima kini sesuai dengan imej muslimahnya.

“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”

Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...

Baca Lagi

Memetik Kosmo, Nora berkata dia merasakan dirinya begitu mahal apabila kini berlakon tanpa perlu bersentuhan dengan pelakon lelaki.

BACA: “Awak Cinta Hidup Saya, Lagu Ini Untukmu Sayang, Nora Danish” – Nedim

“Saya masih berlakon, tetapi ada pantang larangnya sesuai dengan imej saya yang telah berhijab. Memang tidak berpegangan tangan.

“Seronok perasannya. Selama ini bagi mereka yang tahu perjalanan hidup saya, kalau berlakon tidak pegang-pegang itu bukanlah Nora Danish.

“Sekarang apabila berlakon tidak perlu sentuh-sentuh perasaannya berbeza, terasa diri kita begitu mahal. Termasuklah apabila saya keluar bertudung dan tidak perlu bersalaman dengan bukan muhrim rasa naiklah harga diri, rasa mahal,” katanya.

Sementara itu, Nora mengakui perkara paling sukar adalah untuk istiqamah selepas berhijrah namun bersyukur dikelilingi oleh orang-orang yang baik.

Dalam pada itu, Nora mengakui ramai lelaki cuba mendekatinya selepas bergelar ibu tunggal namun buat masa ini fokusnya untuk lebih dekat dengan Allah.

“Buat masa sekarang memang saya tidak fikir lagi (soal mencari pasangan) sebab masih terlalu baru (bercerai).

“Lagipun saya dalam fasa ingin berhijrah dan fokus lebih ke arah itu. Tapi sejak berhijab memang ramai cuba mendekati daripada kalangan kawan-kawan termasuklah orang jauh. Cuma saya cakap, bukan sekarang,” katanya.

SUMBER: Kosmo