fbpx

Biji Tasbih Tersumbat Dalam Hidung, Anak PU Syed Dikejar Ke Hospital

Menerusi perkongsian di Instagram, Pencetus Ummah (PU) Syed Bakri Al-Yahya memaklumkan anak perempuannya dikejarkan ke hospital beberapa hari lalu selepas sebiji tasbih kristal dimasukkan ke dalam hidungnya.

Menurut PU Syed, selepas cubaan mengeluarkan semula biji tasbih itu gagal, dia terus membawa anaknya, Faathimah ke unit kecemasan sebuah hospital swasta di Ipoh, Perak.

BACA: PU Syed Ajak Safiey & Sajat Bersemuka

“Anakanda Faathimah masukkan biji tasbih kristal dalam hidungnya. Jenuh kami usaha nak keluarkan, tapi tak berjaya.

“Terpaksa bawa ke unit kecemasan KPJ Ipoh. Bagaimanapun, doktor bertugas minta datang pagi ini untuk jumpa ENT (pakar telinga, hidung dan tekak). Terbang RM120 tanpa apa-apa selain jenguk sahaja,” kongsinya.

Bagaimanapun, PU Syed berkata setiba di rumah dia berusaha sekali lagi untuk cuba mengeluarkan biji tasbih yang masih tersekat dalam hidung anak perempuannya itu dan akhirnya berjaya.

“Bawa balik Faathimah, saya dan isteri usaha keluarkan juga dan alhamdulillah sedut punya sedut, pakai penyedut hingus, bukan vakum tu ya..korek sikit-sikit. Alhamdulillah akhirnya kami berjaya keluarkan sekitar jam hampir 12 malam. Alhamdulillah,” tulisnya.

Menerusi perkongsian itu, PU Syed turut memuat naik foto memaparkan biji tasbih yang berjaya dikeluarkan dari hidung anaknya. Ujarnya, apa yang terjadi itu dijadikan pengajaran untuk mereka sebagai ibu bapa lebih berhati-hati.