“Biasalah Setiap Hubungan Ada Pasang Surut, Doa Yang Baik-Baik” – Ubai
Tiada angin tiada ribut hangat diperkatakan apabila penyanyi Shila Amzah dan kekasihnya, pempengaruh media sosial, Ubai dikatakan sudah berpisah.
Memetik Astro Gempak, Ubai memohon agar mendoakan yang baik-baik buat hubungan mereka. Ubai berkata setiap hubungan pasti ada pasang surut.
BACA: “Terima Kasih Untuk 5 Bulan Terbaik” – Shila Amzah, Ubai Berpisah?
“Apa yang ditulis di Instagram itu, biasalah… Setiap hubungan itu ada pasang surutnya. Doalah yang baik-baik. Biasalah hubungan… Mana-mana hubungan tidak kira sama ada kekasih ke, keluarga atau sebagainya ada pasang surutnya.
“Mungkin sekarang masanya adalah surut. Lepas tu nanti mana tahu dah kembali okay? Doakan sahaja yang baik-baik,” katanya.
Dalam pada itu, Ubai menafikan dakwaan netizen netizen mengatakan perkongsian Shila itu adalah gimik untuk melancarkan lagu.
“Nak buat lagu itu tak adalah sebab sepanjang saya dengan dia tak ada lagi dia tulis lagu. Berkenaan pertukaran status, netizen boleh berkata apa sahaja, saya anggap itu perkara biasa sebab kita tak boleh nak tutup mulut semua orang.
“Lebih molek sekiranya kita bercakap benda yang baik daripada mendoakan perkara yang tidak baik. Itulah yang saya boleh komen setakat ini,” katanya.
- SUMBER
- astro Gempak
Some advice to Ubai is, leave this girl. The biggest red flag a lady can show is jenis yang semua benda nak post. Sikit2 nak post. Nanti dah nikah, asal merajuk sikit, padam semua gambar suami. Lepastu up status sedih. Lepastu nanti okay. Lepastu ada masalah lagi, mula la post lagi.
Istri yang jenis tak reti nak simpan masalah dalam rumahtangga ni akan satu hari jatuhkan maruah suami.
Kalau masalah besar nak share faham la. Kalau gaduh sikit lepastu share. Masalah bai.
Eh mamat ni ko x payah nk explain apa2 laa. Selagi lom jd bini ko, setakat baru couple2 je pun setakat kena frenzone tu biasa laa.
Ubai – bai2 Shila..
cermin diri dulu la ubai.. ke mmg muka tembok? LOL