fbpx

“Biasalah Bila Dah Kaya & Maju, Datang Orang Dengki Dengan Kau”

Menerusi perkongsian di Instagram, anak kepada pelakon Normah Damanhuri iaitu Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM meminta supaya orang ramai tidak perlu bimbang dengan produk keluarannya.

Kak KM mendedahkan sudah menjadi lumrah apabila ada pihak yang mula iri hati melihat kejayaannya dalam bidang perniagaan. Namun, dia meminta supaya orang ramai tidak perlu was-was kerana semua produknya mempunyai kelulusan.

BACA: Jual Produk Tanpa Kelulusan KKM, Anak Normah Damanhuri Didenda RM10,000

https://www.instagram.com/p/CFqtGFJHz_Z/?utm_source=ig_embed

“Tak payah nak risau, nak bagitahu dekat sini, semua produk Kak KM ada kelulusan. Tak payah nak takut, tanpa was-was lagi nak pakai apa pun.

“Biasalah bila kau dah kaya, bila kau dah berniaga yang memang maju, laris tak ada orang boleh kalahkan kau lagi, mulalah datang pengkhianat. Datang orang yang dengki dekat kau, datanglah babi-babi hamlau, biasa.

“Itu kes lama yang baru sekarang nak kemukankan tapi tak apalah macam mana pun kita hadap sahaja, lagipun benda dah selesai. Alhamdulillah,” katanya.

Dalam pada itu, Kak KM turut mengesahkan kehadirannya di Mahkamah Majistret pada Isnin lalu. Ujarnya, bukan produk jamunya terlibat dalam kes tersebut tetapi produk lain.

“Sabar, yang kena dakwa aku bukan korang. Terima kasih yang prihatin dekat Kak KM, kesian, yang tanya sama ada betul atau tidak saya dekat mahkamah.

“Betul tak salah orang lagi, macam ni paparazzi ambil gambar aku, seronok tapi aku pun keliru tadi nak buat peace ke buat apa tak tahu sebab kita tak bersalah.

“Yang pasti bukan jamu kak KM yang punya fasal ni, yang punya fasal adalah produk Kak KM yang lagi satu hal-hal fasal lambat keluar kelulusan KKM. Saya ingin beritahu di sini tak perlu risau, semua produk saya ada kelulusan, korang tak payah nak takut tanpa was-was lagi,” jelasnya.