fbpx

Perkongsian selebriti popular, Neelofa di Instagram mengejutkan ramai apabila memuat naik gambar anak sulungnya, Muhammad Bilal yang sudah mencecah enam bulan.

Menerusi entri itu, Neelofa mendoakan yang terbaik buat anaknya itu begitu juga buat anak-anak kecil lain diluar sana.

BACA: Netizen Teruja Neelofa Hampir Dedah Wajah Bilal

Ramai menantikan untuk melihat wajah anak pasangan popular Neelofa dan PU Riz itu, namun foto tersebut masih tidak memperlihatkan wajah Bilal.

Bagaimanapun, ramai yang meluahkan rasa geram melihat tangan Bilal yang gebu serta memiliki kulit yang putih gebu.

Sementara itu, komen daripada seorang netizen ini menjadi perhatian Neelofa yang mengatakan tiada guna berkongsikan gambar tapi seakan ‘sorok’ muka.

Membalas komen individu itu, Neelofa berkata sampai masa nanti dia akan dedahkan wajah anaknya kepada umum.

“Biarlah saya nak post apa pun, sampai masa nanti saya tunjuk,” tulisnya.

Terdahulu, Neelofa meminta sedikit waktu lagi untuk berkongsikan wajah anaknya. Ujarnya, sebagai ibu dia mahukan yang terbaik meskipun ada yang menjadikan isu penyakit ‘Ain sebagai bahan gurauan.