fbpx

Sering memuat naik gambar bersama dan digosipkan menjalin hubungan cinta dengan pelakon Kamal Adli, bagaimanapun Uqasha Senrose enggan membuka mulut mengenai kisah cintanya.

Menyerahkan soal jodohnya kepada Tuhan, Uqasha berkata dia hanya akan berkongsi kisah peribadinya kepada umum jika sudah tiba masanya nanti. Katanya lagi, jika dia benar-benar jadi berkahwin, dia akan umumkan kelak.

BACA: Biskut Raya Uqasha Senrose Laku Keras, 200 Balang Terjual Sehari

“Soal jodoh, ajal, maut itu semua di tangan Tuhan. Cepat atau lambat Dia saja yang tahu. Ada orang berkawan hari ini, esok sudah berkahwin kerana sudah sampai waktunya.

“Begitu juga dengan sesetengah individu yang ingin mengenali hati budi dulu selepas sudah melalui macam-macam fasa dalam hidupnya. Ia terpulang kepada pendirian masing-masing.

“Macam saya, biarlah kisah cinta saya kekal menjadi rahsia. Biar betul-betul jadi kahwin dengan individu yang tepat baru saya akan kongsikan,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Uqasha, selepas berdepan pelbagai pengalaman dalam hidup terutamanya soal hubungan cinta, dia enggan lagi terlalu menghebahkan kisah peribadinya kepada umum.

“Saya banyak belajar dari pengalaman. Kalau tiada pengalaman saya tidak mungkin mampu menjadi seorang yang lebih baik.

“Jadi sebagai manusia kita harus berwaspada dalam setiap apa yang kita lakukan. Jangan ulangi perkara sama, kesilapan sama dan memilih dengan siapa kita patut berkawan,” katanya.