fbpx

“Biar Tuhan Saja Tahu, Tak Perlu Cerita Pada Sesiapa”

Menerima kunjungan Ustaz Ebit Lew ke kediaman bekas isteri Fizo Omar, Mawar Karim baru-baru ini membuka ruang untuk mereka berkongsi ilmu serta muhasabah diri dengan ujian yang melanda perkahwinanya.

BACA: “Saya Tak Pernah Menyusahkan Mawar” – Ibu Fizo

Menerusi Instagram, Mawar menulis tanda penghargaan buat pendakwah itu selain percaya segala ujian yang terjadi punya hikmah pada akhirnya dan hanya Allah tempat yang terbaik untuk mengadu segalanya.

“Betul kata ustaz apa yang berlaku kita perlu mengadu dekat Allah, cerita dekat Allah, mohon dengan Allah. Tidak perlu cerita keada sesiapa kerana yang alaminya adalah diri kita. Kita saja tahu apa yang berlaku sebenarnya”

“Jangan lupa dekat Allah, sebab Allah sentiasa ingat kita. Saya kena teruskan kehidupan dan pasti Allah itu tidak zalim dan Dia Maha Adil. Pasti ada yang terbaik untuk saya pada masa depan”

Dengan penceraian yang berlaku, Mawar menganggap ujian untuk dirinya agar lebih mendekatkan diri kepada Allah dan mengakui dirinya juga mempunyai salah silap dalam kegagalan rumah tangga baru-baru ini.

“Saya cuba terbaik apa pun saya nak perbetulkan diri sendiri dan utamanya nak dekatkan diri dengan Allah. Saya akui saya pun ada salah sebelum ini tapi yang penting saya nak berubah,” tulisnya.

Terdahulu spekulasi perpisahan Fizo dan Mawar terus diperkatakan, terbaru ibu Fizo menjelaskan hubungannya dengan bekas menantu tidak mempunyai masalah selain mengakui tinggal bersama mereka sejak berkahwin. (rtky/w)