“Biar Keluarga Tahu Dah Cukup, Saya Tak Perlu Beri Penjelasan” – Peserta ATNM
Umum mengetahui, program All Together Now Malaysia musim ke-2 (ATNM2) baru sahaja memulakan siarannya. Namun, sudah ada cerita tak sedap didengar mengenai peserta yang terlibat.
Hari ini tular di media sosial mengenai seorang peserta remaja bernama Ika menjadi bualan apabila dikatakan bersikap biadab dan tidak menghormati para juri.
BACA: Peserta ATNM Biadab, Catriona Ross ‘Sekolahkan’ Belakang Pentas
Susulan itu, remaja berusia 16 tahun itu dikecam teruk di media sosial. Bagaimanapun, menerusi satu perkongsian di TikTok @syafinazselamat.fans, ada dimuat naik semula status dipercayai daripada remaja itu yang mengatakan biarlah orang terdekat sahaja tahu perkara sebenar serta disebalik yang berlaku ketika program berlangsung.
@syafinazselamat.fans Replying to @kedaicikayu #alltogethernowmy2 #feartolaktepi
? 7 Nasihat – Dato’ Sri Siti Nurhaliza & Kmy Kmo & Luca Sickta
“Biar ahli keluarga dan kawan-kawan yang tahu dah cukup. Saya tak perlu memberi penjelasan sebab orang tak kisah pun mengenai apa yang salah atau benar. Dan, saya tak nak membazir masa berbuat sedemikian,”katanya.
Menurut peserta itu lagi, dia mengakui kesilapannya serta mengatakan anya pihak tertentu yang berlaku di belakang pentas. Ujarnya, dia juga tahu pihak media hanya mahukan gosip dan rating semata-mata.
Sementara itu, rata-rata netizen berpendapat kejadian yang berlaku itu hanyalah gimik dan ‘marketing’ semata-mata.
- SUMBER
- ohmymedia
siyes la 16. nmpk macam 30an.
wah boleh jadi girlfriend mail lah.
Aku rse cara die reply tu mmg stended bdk la. Igtkn diorg juri tu ckp style mcm diva tu mmg DIVA.
Yg sentap lebih tu dah kenapa juri² tu?