fbpx

Peserta ATNM Biadab, Catriona Ross ‘Sekolahkan’ Belakang Pentas

Umum mengetahui, program All Together Now Malaysia musim ke-2 (ATNM2) baru sahaja memulakan siarannya. Namun, sudah ada cerita tak sedap didengar mengenai peserta yang terlibat.

Tular di media sosial mengenai seorang peserta remaja bernama Ika menjadi bualan apabila dikatakan bersikap biadab dan tidak menghormati para juri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cat Ross (@catrionabrianross)

Menerusi video tular itu, peserta remaja berusia 16 tahun itu menjawab dengan kata-kata sinis apabila ditanyakan oleh salah salah seorang jurinya, Catriona Ross. Remaja itu dilihat angkuh menjawab soalan daripada Catriona serta seolah turut membuat mimik muka.

“Mestilah minat, kalau tak buat apa I bawa,” kata remaja itu.

Dalam video tersebut, reaksi remaja itu kurang disenangi juri lain termasuk komposer terkenal, Ajai dan Datuk Shafinaz Selamat.

Susulan itu, Catriona bertindak menegur dan memberikan nasihat kepada gadis tersebut di belakang pentas bahawa attitude atau tingkah laku seseorang itu melambangkan siapa diri individu tersebut.

Tindakan Catriona itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan netizen yang yang memuji pelakon itu yang memberikan nasihat dengan lemah lembut tanpa menjatuhkan peserta terbabit.