fbpx

“Biar Gedik, Bukan Aku Melacur Cari Makan Anak”

Nama pelakon cantik Rita Rudaini tidak pernah lekang daripada mangsa kecaman dan cemuhan netizen. Dari kisah penceraiannya, kemudian dituduh perampas suami orang.

Bukan itu je, setiap tindak tanduk dan kisah peribadinya juga sentiasa menjadi perhatian ramai termasuk kehidupan anak-anaknya.

Bukan mudah bergelar ibu tunggal dan mencari rezeki untuk membesarkan kedua-dua anak lelakinya.

Baru-baru ini, Rita mendedahkan dia mendapat mesej dari seorang pengguna Instagram yang mempertikai tentang dirinya dan juga cara Rita mengacarakan sebuah program.

“Dah tua-tua pun gedik. Jadi pengacara Cjwowshop pun jadilah dari tak ada job kan”

Tidak dapat menahan sabar dengan kritikan melampau dari pengguna Instagram tersebut, Rita membalas dengan kata-kata pedas.

“Alhamdulillah dapat payment puluh-puluh ribu walaupun muncul seminggu sekali. Rezeki anak-anak. Rezeki Allah di mana-mana. Kau? Mesti kena kerja teruk hari-hari kan tapi gaji kau setahun belum tentu boleh sama macam payment aku minggu-minggu.”

“Biarlah aku nak gedik ke apa je, bukan aku melacur cari makan untuk anak-anak. Sebelum kau nak cakap dengan aku better kau istighfar dan ingat Allah dulu.”

Rata-rata netizen menyokong tindakan Rita kerana mempertahan diri dan maruah supaya tidak dipijak oleh mereka yang tidak berpuas hati dengannya.

Sumber: Cari Forum