fbpx

Biar Betul Air Baru Tealive Guna Gula Ni? Sedap Gila!

OMG! Minuman kegemaran ramai mengeluarkan perisa terbaru, mesti ramai yang tak sabar nak cuba kan? Sebut sahaja Tealive memang ramai yang gilakan minuman trendy ni. Nak pula, bubble dia yang lembut dan kenyal di mulut. Emmm sedapnya!!

Tapi sebelum tu kami ingin beritahu anda flavour terbaru Tealive ini bukan semua tempat ada, hanya dijual secara eksklusif di Tealive stesen Petronas sahaja. Jangan pula anda terjah kedai Tealive untuk beli perisa terbaru ini, memang tak ada lah jawabnya.

Tealive mengeluarkan perisa gula Aren iaitu gula nipah asli dari Borneo. Antara perisa yang berasaskan gula aren ni adalah Black Diamond Milk Dengan Gula Aren (R: RM8.50, L: RM9.50), Original Pearl Milk Tea Dengan Gula Aren (R: RM7.50, L: RM8.50) dan Signature Coffee Dengan Gula Aren (R: RM9.50). Memamg sedap anda harus cuba.

Jadilah orang pertama yang mencuba perisa baru dari Tealive ni. Sebabnya banyak khasiat yang anda boleh dapat dari perisa terbaru Tealive ini. Nak tahu apa khasiatnya? Jom baca sampai habis.

1. Perisa Asli dan Semulajadi

Jika anda nak tahu, perisa gula Aren ini adalah 100% tulen dan semulajadi. Lebih menarik lagi, ia di tuaian secara tradisional demi untuk memberi rasa yang lebih umphh untuk anda.

Gula Aren dihasilkan menggunakan nira daripada tunas bunga pokok nipah yang ditanam di hutan bakau berhampiran tepi laut di Borneo.

Sebaik sahaja dituai, peladang memasaknya selama beberapa jam menggunakan kayu api sehingga menjadi pekat dan dibotolkan tanpa sebarang bahan pengawet.

2. Pilihan Minuman Yang Sihat Dan Segar

Siapa cakap minum Tealive tak bagus untuk kesihatan. Ni ha perisa yang baik untuk kesihatan anda. Perisa terbaru Tealive ini mengandungi gula yang sangat rendah hanya sebanyak 49.3 berbanding 62.4 dari gula putih.

Jadi, perisa gula Aren ini adalah salah satu alternatif yang lebih sihat dan dapat menyegarkan bagi penggemar teh yang ingin mengurangkan kandungan gula dalam pemakanan.

3. Citarasa Yang Lebih Unik

Perisa gula Aren ini mempunyai rasa yang lebih sedap dan enak dari segi kemanisannya. Ini semua gara-gara kandungan garam semulajadi daripada pokok nipah yang ditanam berhampiran laut.

Jadi dengan keenakan yang tersendiri, gula Aren menambah dimensi rasa yang baharu pada minuman-minuman terlaris di Tealive.

Sebelum orang lain mencuba flavour terbaru Tealive ni, lebih baik anda jadi orang pertama yang rasa minuman Tealive gula Aren ini. Kali tu barulah boleh jadi the first one yang upload minuman terbaru Tealive.

Maklumat lanjut layari laman rasmi Tealive. Selamat mencuba!