Untung betul gais! Capai target jer terus dapat hadiah kereta Perodua Axia…kalau macam ni, kami pun nak!

Ha inilah yang founder Fareha by Cikfa, Nurul Fareha atau lebih mesra dipanggil Cikfa hadiahkan pada 10 orang stokisnya pada Majlis Penghargaan Stokis Fareha by Cikfa 3 Januari baru-baru ini bila mereka capai target dalam jualan perniagaan tudung untuk tahun 2020.


Gila Kentang Betul!

Anda tahu tak sales pun bukan sikit-sikit gais, juta-juta tau. Memang Cikfa bangga sangat dengan pencapaian dari stokisnya itu.

“Alhamdulilah bangga sebab stokis buat sales sampai berjuta-juta. Saya bangga dengan diorang dan semoga tahun ini mereka boleh buat lebih lagi dan capai target yang saya berikan untuk tahun ini.”


“Saya telah meletakkan sasaran jualan yang sangat tinggi kepada mereka sebenarnya, tapi siapa sangka masing-masing berjaya mencapai jualan tersebut dengan nilai di luar jangkaan kami.”

“Kami mengeluarkan satu juta helai setiap corak Chanela 2.0 diikuti Chanela 3.0 dan semua habis terjual. Kami amat berterima kasih pada semua yang menyokong Fareha by Cikfa selama ini.”

Tambahnya kesemua 12 orang stokisnya ini akan digilap lagi untuk capai sales yang lebih padu untuk 2021. Katanya RM100 juta target. Fuh bukan biasher-biasher gais.

Bukan kata kereta Axia jer diberikan, emas pun turut dihadiahkan kepada 2 lagi stokisnya yang turut mencapai target jualan tudung Fareha ni. Haish untung betul lah kan?

Berpeluang Jadi Usahawan Fareha!

Pada anda yang nak juga join team FAREHA ni boleh jer jana pendapatan sampingan dengan menjual bawal anti kedut Fareha by Cikfa. Tak kisahla anda lelaki ke perempuan ke asalkan anda nak buat duit lebih memang sangat dialu-alukan!

“Setiap individu berpeluang menjadi usahawan FAREHA by Cikfa bermula sebagai dropship tanpa modal dan akan dibimbing oleh pegawai pemasaran kami, stokis atau leader masing-masing. HQ sangat komited dan sentiasa menyediakan material marketing seperti gambar dan video, billboard, program TV dan banyak lagi.”

Jangan tak tahu, sebenarnya ada stokis yang berjaya capai jualan satu juta sebulan! Sebab tu team Fareha nak lahirkan lebih ramai usahawan yang sama. Pergh! Terus bersemangat dahni.

So gais, anda boleh grab peluang keemasan ni. Nak pula sekarang ni ekonomi tak menentu, boleh lah tambah duit poket lebih. Betul tak? Sekarang ni pun dah ada lebih 15 ribu ejen di seluruh negara. Power!

No wonderlah Fareha memiliki 2 buah kilang untuk production, packaging sejak 2016 lagi!

Siti Nordiana Pun Ada

Pada majlis penghargaan tu juga, turut menampilkan penyanyi Siti Nordiana sebagai artis jemputan untuk menyampaikan 2 buah lagu.

Bukan tu jer, simbolik kepada penyerahan kereta Perodua Axia, Cikfa turut menyerahkan mockup key kepada semua penerima emas, piala kristal dan jambangan bunga.

Majlis bertemakan white dress ini turut dihadiri seramai 100 orang stokis, pegawai pemasaran dan juga team Fareha.