fbpx

Bila sebut saja berkenaan hiasan dalaman rumah, sofa memang antara perkara utama yang turut mempengaruhi keputusan dalam susunan ruang yang ada. Tapi sebenarnya tak mudah jugak nak pilih sofa ini, lebih-lebih lagi buat mereka yang baru pertama kali nak menghias sendiri.

Mari kami kongsikan sikit beberapa kelebihan dan juga keistimewaan sofa kulit yang mungkin anda tak pernah tahu sebelum ini.

Boleh Guna Untuk Jangka Masa Lama

Bila kita nak berbelanja untuk barangan perabot, harga merupakan salah satu perkara utama yang menjadi penentu kepada pilihan yang ada. Jika murah sangat, faham-faham sajalah, lagi pulak jika tiada waranti.

Buat yang tak mahu sakit kepala di masa depan, sofa kulit memang jawapan yang tepat. Sekurang-kurangnya dapat jimat satu bahagian dan boleh berbelanja untuk hiasan rumah yang lain pula,kan?

Senang Jaga

Siapa yang suka buat makan-makan pasti faham sangat bila majlis sudah selesai, habis sofa dan tempat lain dicomotkan dengan kesan makanan atau minuman yang tumpah. Lagi sedih, sudah sental pun kesan kotoran masih tak hilang dan nak kena buka sarungnya dan hantar ke dobi pula.

Ini berbeza dengan sifat sofa kulit yang mudah untuk dicuci. Tapi kami nak pesan, jangan pula gunakan sabun pencuci pinggan, nanti kulit akan cepat rosak. Guna kain lap microfiber pun sudah cukup.

Ketahanan

Ketahanan inilah yang sentiasa pengguna inginkan tapi dalam masa yang sama, ramai juga yang terkena sebab dapat sofa yang kualitinya tidak seberapa.

Ketahanan jangka hayat sofa kulit mampu memberikan anda penjimatan berganda di masa hadapan. Ini kerana tekstur dan rekaan mereka memang dicipta untuk tahan lama dan yang paling penting – pastikan ia adalah kulit sebenar.

Sofa Kulit Ebel

Tak mahu cakap banyak dan nak beritahu anda semua, sekarang inilah pilihan terbaik yang anda boleh dapatkan di Rozel. Apa yang paling penting, kualiti 100% kulit lembu dari Itali ini adalah paling top.

Ia dibuat dari bahagian cow hide yang sememangnya sangat terkenal dengan ketahanan, tebal namun cukup selesa. Ia juga lebih kuat dan lebih baik berbanding dengan sofa kulit jenama lain.

Selain itu, melihatkan Ebel di depan mata sudah cukup untuk menggambarkan kemewahan dan juga nilai eksklusif yang tinggi. Kami kongsikan beberapa gambar rekaan sofa kulit Ebel yang tersergam kemas dan penuh citarasa klasik ini untuk tatapan anda.

Jika hati sudah berkenan, bolehlah pegang tangan pasangan anda dan bawa mereka ke cawangan Rozel yang berdekatan dan mencuba sendiri keempukan sofa kulit Ebel ini.

Bermula dari RM5,900 (ada pilihan 0% selama 24 bulan), pastinya sofa Ebel ini nanti akan sentiasa memberikan keselesaan terbaik buat anda.