fbpx

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) ni, sememangnya phone sentiasa melekat di tangan, sampai naik muntah scroll media sosial.

Tengah asyik scroll media sosial terjumpa pula satu posting yang buat kami terliur ni di laman Facebook dan Instagram. Memang betul-betul menguji kesabar bila tengok posting ni. Rasa macam tak sabar nak cuba tapi kat Malaysia mana nak dapat Aiskrim Wall’s ni. Dah terliur dah ni.

Kami ni tekan lah part komen tak ada pula orang bagi tahu lokasi. Dengan gigih kami pun cari lah maklumat berkaitan aiskrim terbaru ni di Facebook Wall’s Malaysia sebab ternama logo Wall’s tu. Nampak tak kegigihan kami nak mencuba juga aiskrim Wall’s viral yang baru ni.

Omg! Rupanya aiskrim ni betul wujud guys! Sebenarnya aiskrim ini adalah hasil gabungan 2 jenama terbesar di Malaysia iaitu Wall’s dan Tealive yang berkerjasama dalam menghasilkan keluran special edition mereka yang pertama iaitu Bobalicious.

Dengar cerita aiskrim ini berperisa teh susu dan kaya dengan kekenyalan boba yang dapat dirasai setiap gigitan! Yang paling best, boba dalam aiskrim tu bukan sahaja buat kita semua tak sabar nak cuba tapi boba tu nampak macam kenyal sahaja bila digiit. Memang terbaiklah. Dah mula terbayang-bayang dah aiskrim ni di mulut.

Bila baca komen, rata-ratanya tak sabar nak mencuba aiskrim baru ni. Kami pun sama!

Anda peminat boba mesti nak tahu kan aiskrim Wall’s X Tealive Special Edition ada jual di mana kan? Relex kami tahu anda ingin mencuba tapi sebelum tu terjah dahulu Facebook Wall’s Malaysia untuk maklumat lanjut. Barulah boleh beli banyak-banyak bila dah tahu di mana tempatnya. Tunggu update dari laman facebook tersebut lepas tu jom kita ramai-ramai serbu beli aiskrim Wall’s terbaru ni.

Lepas tu jangan lupa share dengan kami di mana ada jual aiskrim ni okey! Ke ada di antara anda yang dah rasa. Cuba bagi tahu kat mana beli dan apa rasanya. Jangan lah simpan sorang-sorang share tempat dengan kami sebab nak juga pergi borong aiskrim Wall’s Tealive Bobalicious!