fbpx

Betty Benafe Sah Kini Sedang Hamil Empat Bulan

Pelakon & penyanyi yang mempunyai darah Arab, Betty Benafe baru baru ini telah mengesahkan dirinya sedang hamil empat bulan dan meluahkan perasaan gembira beliau bersama pasangan terhadap berita baik ini.

“Alhamdulillah saya telah hamil empat bulan. Saya & suami terlalu gembira apabila mendapat tahu tentang kehamilan saya,” kata Betty Benafe.

Tambah Betty Benafe lagi kepada Sinar Harian, beliau tidak kisah tentang jantina anak pertama mereka ini kerana terlalu teruja selain mengatakan berharap mempunyai sepasang lelaki & perempuan kelak.

“Setakat ini, saya tak ada muntah atau mengidam apa-apa. Cuma berat badan saya turun sampai empat kilo kerana saya tak berselera makan dalam tempoh tiga bulan pertama itu”

Betty Benafe dan Bruce Darghous berkahwin pada 8 Disember 2012 yang lalu. Tahniah buat mereka & seisi keluarga.