Betty Benafe Pesan Jangan Mudah Jatuh Cinta Bila Lelaki Post Status Islamik
Memberi pesanan dan nasihat kepada kaum wanita di luar sana, pelakon Betty Benafe mengingatkan agar tidak mudah terpedaya dengan lelaki yang suka memuat naik status Islamik di media sosial.
Ujarnya, adakalanya lelaki memuat naik status sedemikian hanya untuk menarik perhatian wanita. Ujarnya, jika ingin bercinta pastikan kenal hati budi seseorang terlebih dahulu, bukan hanya sekadar posting di media sosial sahaja.
“Wanita, jangan mudah menaruh harapan kepada seseorang dengan hanya melihat status islamiknya, artikel ilmiah yang di karangnya, gambar facebooknya, di instagram.
“Apatah lagi video yang nampak gerak gerinya. Kadang itu tipu daya yang boleh disunting dan dilakonkan semata mata. Nak bercinta biar kenal hati budi,” katanya.
Dalam pada itu, Betty juga menasihati kaum lelaki supaya jangan mempermainkan hati dan perasaan wanita jika tiada niat untuk menikahinya. Betty turut berpesan kepada kaum wanita agar tidak mudah percaya dengan pujuk rayu lelaki.
“Wahai lelaki, jangan membuat seorang wanita nyaman jika niatnya hanya ingin berteman. Dan jangan membuat seorang wanita jatuh cinta jika tak ada niat untuk menikahinya.
“Wahai wanita, jangan terlalu mudah percaya oleh pujuk rayu dan janji manis seseorang. Ingatlah, yang berkilau itu belum tentu emas,” katanya.
Betty sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan Bruce Dargus pada 2012 sebelum bercerai pada 2019. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Julia Claire Dargus dan Bruce Dean Dargus.
- SUMBER
- Astro Gempak
Siapa acik betty ni? Tua je
Apam mak ko ijauuuuuuu!!!!!!
Who are youssss?!
Hurmmm post islamik..
Kalau jarang2.. tu normal.
Kalau kadang2…tu bagus utk nasihat.
Kalau hari2 tu gila isin… kecik2 xnk jd ustazah/ustaz tapi dewasa spm lepas ke takkk? haha
Habesss nk meroyan cam ko?
Engkau ni makcik dah kenapa? Kenal pun tidak. Tunjuk awards kauuuu lol
kisah la pulak
Ko ckp pasal sape sebeno nye ni acik betty oi
ko kenen kt sape?
Seriously ada juga netizen tak kenal Betty Benafe? Sah ni geng BBNU. Ahaksss