Sebenarnya setiap kali kami paparkan kisah yang pelakon ini sudah lama berumahtangga, masih ada segelintir peminat yang tidak mengetahuinya dan menganggap Beto Kusyairy masih bujang lebih lebih dengan gaya bersahaja dan tidak terlalu menunjuk isteri.

Untuk mereka yang sudah tahu, pastinya persoalan bilakah pasangan Beto Kusyairy dan isterinya Tisha Shahar bakal menimang cahayamata menjadi bualan, maklumlah mereka sudah berkahwin sejak 1 Februari 2008 lagi.


“Ia bukan isu utama, yang paling penting kami tetap bahagia sehingga sekarang. Usaha tetap ada, tetapi ini semua kuasa Tuhan, jika ada rezeki adalah. Jika tidak, kami reda dengan ketentuan-Nya”

“Apa yang penting kami kini tetap gembira, perasaan sayang itu tidak pernah kurang sebaik sahaja mengenali isteri saya sejak zaman universiti sekitar tahun 1998. Jadi, saya harap kesemua pihak dapat turut serta doa-doakan sekali,” ujar Beto Kusyairy kepada Kosmo! hari ini.

Beto yang bakal muncul dengan filem Gila Baby pada 4 Disember ini mengakui beliau tidak begitu terbuka untuk berkongsi kisah peribadinya bersama khalayak.



“Jika semua mahu dikongsi, apa lagi yang tinggal untuk disimpan?” ujarnya. (rtky/m)