fbpx

“Betis Pun Jadi Isu, Betis Besar Ini Yang Bagi Kami Makan”

Baru-baru ini, nama pelakon Janna Nick menjadi bualan apabila bahagian betis kakinya dikritik netizen ketika mengacarakan program hiburan Ahad lalu. Bagaimanapun, Janna meluahkan rasa kesal dengan sikap netizen dan tidak faham mengapa perkara seperti itu turut dijadikan sebagai isu.

Menerusi Insta Story, Janna memuat naik status dan video luahannya mengenai isu tersebut memberitahu, betis besar itu yang membawa rezeki kepadanya selama ini. Kata Janna lagi, dia boleh menerima jika netizen mengatakan bahawa dia tidak boleh berlakon, menyanyi serta mengacara, namun dia tidak tahu apa yang netizen mahukan jika kakinya turut menjadi bahan kutukan.

BACA: Janna Nick Dikritik Netizen Gara-Gara Betis Besar

“Tak boleh berlakon, orang tak suka kita terima. Tak boleh mengacara, orang benci tidak mengapa kita terima juga. Tak boleh menyanyi orang kutuk kita terima

“Betis pun korang kutuk, tak faham! Tak suka saya menyanyi, berlakon atau mengacara saya boleh perbaiki diri tapi kalau betis besar nak pergi mana? Buat pembedahan plastik?,” katanya di Instagram.

Janna berkata lagi, dia sudah lali dan tiada hati untuk melayan segala kritikan netizen kerana ia bukanlah sesuatu yang baru buat dirinya.

Ini bukan kali pertama cara pemakaian Janna dikritik oleh netizen. Sebelum ini ada netizen menghentam seluar yang dipakai oleh Janna dilihat terlalu ketat dan tidak sesuai untuk tontonan umum.