fbpx

Seronoknya lahai geng-geng belia kita kali ni kan? Dapat lagi berita gembira daripada kerajaan kita. Kadang-kadang terasa macam nak kembali ke zaman remaja lah pula, boleh dapat RM200 ni, haha.

Seperti yang diumumkan pada Belanjawan 2023 lepas, kerajaan sedia memberi inisiatif bantuan kredit e-dompet RM200 one-off bagi golongan belia berumur 18 hingga 20 tahun bertujuan untuk membudayakan pembayaran tanpa tunai.

Bukan itu jer, baru-baru ini melalui perkongsian Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, inisiatif bantuan ini akan diperluaskan kepada semua pelajar universiti yang memenuhi syarat kelayakan. Wah, bestnya!

Kredit imej: FB Anwar Ibrahim

Katanya, dengan langkah ini diharapkan mereka boleh melakukan pembelian secara ‘offline’ dengan pemberian kredit RM200 melalui dompet digital terpilih. Sekurang-kurangnya bila adanya bantuan seperti ini dapat juga meringankan beban dan mengurangkan sedikit beban belanja mereka. RM200 bukan jumlah yang sikit, tau!

Selain itu, inisiatif ini juga dapat menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai dalam kalangan belia atau para pelajar yang layak serta menggalakkan transaksi secara tanpa tunai oleh perniagaan fizikal. Zaman dah maju kan, kita go cashless jer sekarang. Hee.

Untuk info anda, Kerajaan telah memperuntukkan RM400 juta bagi inisiatif ini. Jadi, ia akan diagihkan RM200 untuk setiap seorang dengan anggaran 2 juta penerima yang layak.

Maklumat penebusan dan juga aplikasi yang terlibat akan dikongsikan kemudian. Jika sebelum ini, penebusan wang eWallet boleh dilakukan dengan menggunakan aplikasi eWallet Malaysia yang terpilih seperti Touch ‘N Go dan GrabPay. Untuk kali ini sama-sama kita nantikan okay!

Bantuan ini akan mula diberikan tak lama lagi. Syarat-syarat kelayakan serta cara permohonan akan diumumkan dan dikemaskini dalam masa terdekat melalui Portal Belanjawan 2023. Keep updating yer! Anda juga boleh layari portal yang sama kalau nak dapat info lebih lanjut atau nak cari pelbagai bantuan lain yang boleh dimanfaatkan di bawah Belanjawan 2023.

Adik-adik atau pun mak ayah yang sedang membaca artikel ini sila kongsi berita gembira ini kepada rakan-rakan dan jiran anda. Moga bermanfaat!

#Belanjawan2023 #BelanjawanMADANI