fbpx

Best ‘Info On Wheels’ Ni Gais, Banyak Bantu Anda Tahu Isu Semasa

Anda pasti dah tahu tentang ‘Info On Wheels’ (IOW), salah satu program dari Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) yang menghebahkan isu semasa dan memasarkan dasar serta inisiatif kerajaan melalui Unit Bergerak JaPen ini kan?

Haa, sebenarnya dorang ini dah mula aktif sejak 2020 lagi. Nak pula apabila virus COVID-19 mula ‘menginap’ di negara kita ni. Banyak penerangan dan maklumat terkini bekenaan dengan virus ini diberikan.

Tapi anda jangan salah faham pula, bukan hanya info koronavirus jer yang diberikan, banyak lagi isu-isu semasa yang sedang berlaku di negara kita diketengahkan. Tak kisahlah di peringkat negeri atau pun di peringkat nasional di negara kita.

Tahu Isu Semasa

Hebahan unit bergerak, ‘Info on Wheels’ juga antara usaha JaPen untuk membuat sebaran atau hebahan informasi kepada orang awam tentang maklumat sahih berkaitan sesuatu isu kerana sekarang ini kita berhadapan risiko berita tidak benar sekiranya ia tidak disampaikan dengan betul dan jelas.

Dalam masa yang sama, JaPen turut berusaha untuk mengekang penyebaran berita tidak benar oleh pihak tidak bertanggungjawab. Bagus juga ni sebabnya sekarang ni banyak sangat berita tidak sahih yang disebarkan, kadang-kadang tu nak percaya yang mana pun tak tahu dah.

Mujur ada program seperti ‘Info on Wheels’ ni, at least ada juga benda yang kita boleh percaya, ye dak? Apa yang kita risau sangat apabila berita tidak benar ditularkan, banyak masalah akan timbul sehingga menyebabkan rasa tidak selamat antara satu sama lain sekali gus memberi kesan negatif kepada negara. Tak bestlah macam ni kan?

Apabila adanya platform ´Info on Wheels´, maklumat atau penerangan sesuatu isu tu disampaikan secara turun padang dan bersemuka dengan anda semua. Kaedah ini juga dikatakan dapat membina persepsi yang baik terhadap kerajaan sekali gus mempengaruhi pendapat anda serta meyakinkan lagi anda untuk berinteraksi dengan pegawai yang turun padang ketika itu.

Dengan erti kata lain, mudah nak berinteraksi kalau macam ni, daripada kita nak pergi ke kaunter Jabatan Penerangan, setuju tak?

Lebih Bertumpuan

Program ´Info on Wheels´ ini akan bergerak di kawasan tumpuan ramai di sekitar negeri anda seperti di pasar malam, pasar tani, pasar raya dan banyak lagi tempat yang menjadi tumpuan ramai.

Kempen seperti ini juga dapat membuka mata pada ibu ayah atau atuk nenek kita yang tidak celik IT sepertimana geng-geng milenial sekarang ni. Apabila dorang turung padang, dapat juga info-info baharu dari semasa ke semasa. Bagus gais.

Banyak Hebahan Dilakukan

Anda boleh lihat sendiri kempen seperti yang dilakukan tim hebahan Info On Wheels (IOW) Pejabat Penerangan Daerah Johor Bahru bersiaran secara langsung sekitar kawasan Perling pada 14 Julai baru-baru ini.

Dorang memilih lokasi hebahan di sekitar kawasan perniagaan Taman Nong Chik dengan memainkan hebahan mengenai SOP Majlis Keselamatan Negara di Fasa Endemik dan Pemerdagangan Orang Dan Penyeludupan Migran (MAPO).

Bukan itu jer, petugas-petugas IOW tersebut turut melakukan aktiviti edaran bahan-bahan penerbitan Jabatan Penerangan Malaysia untuk tujuan rujukan orang ramai.

Program Info On Wheels@PMR Outreach Daerah Hulu Langat diteruskan pada 13 Julai 2022 (Rabu) di Ampang Saujana.

Tim Pejabat Penerangan Daerah Hulu Langat melakukan hebahan IOW bertajuk “Kempen Pencegahan Wabak Denggi” dan “Lindungi Data Peribadi”. Ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat berkenaan kaedah pencegahan wabak denggi dan meningkatkan kesedaran masyarakat agar melindungi data peribadi mereka daripada sebarang penyalahgunaan. Wah, menarik betul ya!

Selain itu, tim Pejabat Penerangan Daerah Hulu Langat pada 06 Julai 2022 (Rabu) di Jalan Reko, Hulu Langat baru-baru ini berkenaan dengan kempen Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (MAPO).

Hebahan tersebut bertujuan untuk memaklumkan aktiviti sindiket pemerdagangan orang dan penyeludupan migran dan memupuk kesedaran orang ramai terhadap isu tersebut.

Bagus sebenarnya apabila ada kempen sebegini. Dapat juga dorang info-info baharu yang terjadi ketika ini.

Banyak lagi hebahan yang dilakukan tim ‘Info on Wheels’ dari Jabatan Penerangan ni. Anda juga boleh tengok di LINK INI beberapa kempen yang dilakukan pihak JaPen di beberapa buah daerah di beberapa negeri.