Untuk berlaku jujur, sudah hampir 12 bulan saya selaku ketua editor di laman web kesayangan hmm ramai ini tidak menulis secara langsung kepada anda semua.
Sesekali jadikan ruang ini sebagai contengan peribadi apa salahnya ‘kan?
Kelmarin, selepas menghadiri beberapa meeting yang memenatkan sekitar Kuala Lumpur saya mengambil keputusan untuk bersiar siar di taman rekreasi KLCC (yang merupakan kawasan tenang terdekat ketika itu) — untuk tenangkan fikiran.
Cuba teka apa saya nampak dari kejauhan — saya terkejut melihat beruang, merah dan comel pula tu! Saya tidak tahu bagaimana pula dengan anda, tapi bagi saya ini merupakan satu penemuan yang sangat menakjubkan.
Lahir sebagai seorang paparazzi semulajadi, kamera yang saya bawa dikeluarkan untuk merakam penemuan aneh ini. Okay, tidaklah seaneh mana tetapi dalam cuaca panas sebegini, beruang merah tidak sepatutnya berkeliaran di tengah kota.
Bila dilihat dari jauh seakan beruang merah ini sedang melakukan sesuatu yang tarik perhatian ramai, rupa-rupanya sedang rancak menari — memang hip beruang zaman sekarang. Gelagatnya sangat mencuit hati dan menarik perhatian kepada sesiapapun yang melihatnya.
Beruang merah ini terus saya berikan nama walaupun pertama kali berjumpa. Cinta pandang pertama. Saya namakan dia Red Bear (real creative there chief!)
Mengekori pergerakan Red Bear dari jauh bukan kerja susah sebab warnanya yang merah menyala memang senang dilihat dari jauh.
Oh Tuhan, Red Bear pandai naik pengangkutan awam — mahu ke mana pula tu? Saya bertanya kepada diri sendiri, adakah betul apa yang saya lihat ini. Sungguh mengejutkan, Red Bear comel ini sungguh pandai!
10 minit kami bersama dalam tren, Red Bear turun untuk melihat suasana KL Sentral yang tidak pernah sunyi dari orang. Red Bear ini sangat pandai mencari perhatian, satu per satu orang disekeliling mula menarik Red Bear untuk bergambar. Populariti Red Bear ini naik 12 level nampaknya.
Dalam kesibukan Red Bear melayan orang ramai, saya terleka dan terlepas pandang sehingga beruang merah nan seekor itu hilang dari pandangan. Hampa dan saya pun mengambil teksi untuk ke Tesco Mutiara Damansara — kerana peti ais sudah kering.
Guess what — siapa ekori siapa sekarang kerana Red Bear ada juga di sana. Pantas juga beliau bergerak dari KL Sentral. Bila saya perhatikan betul-betul Red Bear ini tengah asyik melakukan sesuatu. Oh… nampaknya sedang sedap melayan ais krim dalam cuaca panas sebegini. Tak ajak.
Saya pasti anda semua juga akan terserempak dengan Red Bear dalam beberapa hari akan datang. Khabarnya beliau suka benar bersiar-siar sekitar bandar lebih-lebih lagi hujung minggu — banyak peluang untuk terserempak nanti.
Jika anda terjumpa dengan Red Bear, saya rasa anda pasti akan tercuit hati dengan telatah dan karenahnya seperti mana hati saya tercuit bila melihat telatahnya.
Saya sertakan beberapa keping gambar Red Bear lagi untuk tatapan anda, manalah tahu tidak cukup kenal masa jumpa di tengah jalan nanti.
Kalau anda terserempak dengan Red Bear di mana-mana, jangan lupa kirimkan salam sayang saya. Dan juga ambil gambar (selfie lebih bagus) dan kirimkan ke semua laman sosial terutamaya Instagram dan Twitter.
Sertakan hashtag #DrypersRedBear dengan gambar bersama Red Bear.Jangan lupa untuk pastikan akaun sosial anda terbuka kepada awam! Gambar yang paling menarik akan berpeluang untuk menangi hadiah eksklusif dari Drypers Malaysia.
Yang penting, jangan malu-malu untuk buat pose signature bersama Red Bear seperti mereka di bawah ini.
Kemaskini sosial anda juga akan muncul secara besar-besaran di rotikaya.com/DrypersRedBear untuk dikongsikan dengan peminat Red Bear yang lain.
Sebagai bonus, saya pun tidak terkecuali rebut peluang untuk ambil gambar selfie dengan #DrypersRedBear yang sangat comel ini.