fbpx

Bernikah Kali Ketiga, Sasha Saidin Didakwa Rampas Suami Orang?

Selepas lapan tahun bergelar ibu tunggal, akhirnya pelakon dan penyanyi Sasha Saidin sah bergelar isteri kepada Sirhan Wahab yang merupakan seorang duda anak dua pada Isnin lalu.

Namun, baru sahaja beberapa hari bergelar berkahwin, ada kontroversi terpalit pasangan ini apabila Sasha didakwa perampas dan punca suaminya bercerai dengan isterinya sebelum ini.

Bagaimanapun, Sasha menafikan sekeras-kerasnya tuduhan mendakwa dia merampas suami orang. Kata Sasha lagi, dia mengetahui siapa yang menyebarkan cerita tidak benar itu dan sedikit pun tidak terkesan dengan fitnah tersebut.

“Semua itu tidak benar kerana saya hanya rapat dengan suami pada Jun 2019. Kami cuma terkejut apabila seseorang itu sanggup sampai tulis email kepada media untuk membuat fitnah tentang kami. Tak apa. Tuhan itu Maha Adil dan Saksama.

“Tak mengapa, kita tahu kita tak buat apa-apa salah pun. Kami tahu siapa yang tulis email itu dan apa motif mereka untuk membuat cerita fitnah itu tapi kami maafkannya,” katanya kepada Astro Gempak.

Terdahulu, menerusi satu kiriman email yang dihantar kepada Beautifulnara, ada sumber mendakwa Sasha dikatakan menjalin hubungan sulit dengan Sirhan sejak Oktober 2015, sewaktu lelaki itu masih bergelar suami orang. Malah, mereka pernah bercuti bersama-sama ke Itali dan Belanda pada 2019.