fbpx

Berkelakuan Lucah Depan Kanak-Kanak, Safiey Ilias Ditahan Polis

Memetik laporan Kosmo!, polis mengesahkan usahawan kosmetik, Safiey Ilias yang juga pemilik akaun Instagram ‘safieyillias94’ sudah ditahan di Kajang, petang semalam.

Usahawan itu ditahan bagi membantu siasatan berhubung Instagram Live didakwa mengluarkan kata-kata lucah dengan kanak-kanak di bawah umur pada Rabu lalu.

BACA: Safiey Ilias Bakal Berdepan Hukuman Penjara?

“Kita dah tangkap semalam, pada pagi ni polis membuat permohonan reman untuk siasatan lanjut,” kata Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 12 (1) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Terdahulu, tular video di media sosial memaparkan tindakan seorang usahawan kosmetik bersama rakannya bersiaran langsung yang turut disertai oleh dua kanak-kanak lelaki dipercayai berusia 14 dan 15 tahun.

Netizen mengecam tindakan dua individu berkenaan disifatkan melampau dan biadap apabila berkelakuan tidak sopan termasuk membincangkan isu seksual bersama kanak-kanak.