Kalau hari ini anda tanyakan kepada sesiapa pun, siapakah personaliti televisyen yang paling anda ingati kerana bakat & berkaliber, Aznil Hj. Nawawi pasti tidak tercicir dari senarai.

Perjalanan karier Aznil Hj. Nawawi yang mencecah hampir 22 tahun nampaknya mendapat perhatian pihak Astro yang secara rasmi melantik beliau sebagai Ketua Personaliti TV Astro.


Tugas baru yang di’galas ke bahu Aznil Hj. Nawawi itu bakal menyaksikan pengacara popular ini membentuk bakat bakat baru juga mereka yang hadir dari bidang lain sebagai personaliti TV yang hebat.

Aznil Hj Nawawi mengumumkan berita gembira itu kepada para hadirin yang datang ke sidang media memperkenal barisan 20 perantis personaliti TV menerusi rancangan ON AIR.

“Selain daripada bakat bakat baru yang kita lihat hari ini, saya juga akan bertanggungjawab membentuk & mengajar wajah eksklusif Astro seperti Aaron Aziz, Zizan Raja Lawak dan yang lain,” ujar Aznil Hj. Nawawi hari ini. 

Tahniah buat Aznil Hj. Nawawi daripada kami di Rotikaya HQ yang mengharapkan bakal ada ramai lagi pelapis personaliti TV yang lebih berkaliber atau sekurang kurangnya setaraf dengan apa yang anda miliki. Heh.