fbpx

Berkat Doa Ibu Bapa, Mas Khan Beli Kereta Porsche

Menerusi satu perkongsian di Instagram, pelakon Mas Khan meluahkan rasa syukur akhirnya memiliki kereta impiannya jenama mewah Porsche dianggarkan bernilai lebih setengah juta.

Menurut Mas Khan, rezeki memiliki kereta tersebut adalah disebabkan doa ibunya serta berkat membahagiakan orang tua dan keluarganya.

BACA: Mas Khan Terpikat Dengan Sifat Penyayang, Keibuan Diana Nasimuddin

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mas Khan (@maskhan_)

“Syukur Alhamdulilah terima kasih ya Allah ini berkat doa ibu , berkat saya manjakan ibu dan bapa saya, berkat saya happykan keluarga, rahmat ini saya dapat nikmat ini semua kerana Dia.

“Betul tuhan tak biarkan hamba dia sendirian,dengan usaha semata-mata kita boleh ubah hidup kita sekelip mata dgn izin Dia dan berkat keluarga kita. Yang penting kita “Berkehendak Ingin Kan sesuatu” kita mampu capai InshaAllah,” tulisnya.

Dalam entri tersebut, Mas Khan berkata bukan kisah kereta mewah tersebut yang mahu dikongsikan tetapi mengenai sifat sabar yang akan menjadi kunci kepada kejayaan.

“Sabarlah dalam perjuangan,sabarlah bila jatuh dan sabarlah bila hendak meniti jalan, yang menang selalu di akhir cerita.

“Bukan Porsche yang ingin saya sampaikan, tapi value of the porsche yang buat saya menilai hidup dari perspektif yang berbeza,” katanya.