fbpx

Tolak Watak Daring, Oktovia Manrose Dengar Cakap Suami

Kini sudah berhijrah ke arah lebih baik dan berhijab, pelakon Oktovia Manrose berkata dia enggan lai melakonkan watak yang kurang sipan.

Kembali bergelar isteri pada Disember lalu, Oktovia berkata lagi dia juga semakin memilih dalam soal karier.

BACA: Enam Bulan Bercinta, Oktovia Manrose Akui Clingy Dengan Suami

“Saya ada dapat beberapa tawaran, tetapi disebabkan penampilan saya kini dah berhijab, rasanya saya dah tak boleh bertindak sesuka hati seperti dahulu. Saya akui dulu lakonan saya banyak yang daring. Bila dah bertudung, takkanlah saya nak buat macam itu lagi.

“Memang agak susah sebab saya perlu memilih watak tetapi kalau sudah ditakdirkan ada rezeki saya, insya-Allah, sudah tentu akan ada peluang untuk saya,” katanya kepada Kosmo!

Menurut Oktovia, suaminya, Mohamad Khairul Efsan Md. Isa memberi keizinan untuk terus aktif sebagai pelakon namun dia pastikan akan menjaga batas.

“Saya akui, memang ada sesetengah babak yang pelakon perlu buat disebabkan tuntuan daripada produksi. Tapi, kita juga ada hak dan pilihan untuk menjaga batas.

“Sebenarnya, perkara berkenaan boleh dibawa berbincang dengan pengarah. Saya akui, saya juga pernah minta pada pengarah untuk tidak melakonkan babak yang saya tak selesa untuk jayakan. Alhamdulillah, mereka sangat memahami dan okey sahaja.

“Dahulu memang saya takut nak buat perkara yang sedemikian namun dunia sekarang sangat berbeza. Muncul ramai pelakon yang berani beraksi daring. Mungkin banyak dipengaruhi orang sekeliling atau terikut-ikut dengan budaya barat,” katanya.

Oktovia dan Efsan mendirikan rumah tangga pada 21 Disember lalu. Itu merupakan pernikahan kedua buat Oktovia. Untuk rekod, Oktovia turut mempunyai seorang anak lelaki, Muhammad Rayyan Zulkarnain, 11, hasil perkahwinan terdahulu.