Sudah dua bulan mendirikan rumah tangga, penyanyi Wany Hasrita berkata dia masih dalam proses menyesuaikan diri selepas bergelar isteri kepada, Al Adib Fahmi.

Memetik Astro Gempak, Wany berkata dia terbuka untuk belajar mengenai hal rumah tangga dengan lebih mendalam lagi.

BACA: Baru Sebulan Kahwin, Wany Hasrita Terpaksa Berjauhan Dengan Suami

“Kehidupan saya sekarang masih lagi sedang menyesuaikan diri, bila ada suami dan keluarga mertua ini rasa sangat berbeza. Saya terbuka untuk belajar banyak lagi perkara dalam hidup berumah tangga.

“Kalau macam dulu fokus saya hanya untuk bekerja, tapi sekarang saya perlu bahagikan masa saya kepada suami, kerja, keluarga saya dan keluarga mertua,” katanya.

Dalam pada itu, Wany berkata suaminya hebat dalam memasak dan berhasrat untuk belajar beberapa resepi masakan ibu mentuanya, namun belum berkesempatan lagi.

“Kalau dekat rumah mertua di Kuching, saya dan mereka jarang makan luar, makan di rumah sahaja.  Kalau nak cerita pasal masak, Adib dan ibunya lagi handal masak daripada saya, masakan mereka lagi sedap dari saya.

“Saya pula belum ada kesempatan untuk belajar masak dengan mak mertua saya, sebab agak sibuk. Lagipun saya balik Kuching baru dua kali sahaja, tetapi suatu hari saya memang nak belajar, lagi-lagi masakan asal negeri itu (Sarawak),” katanya.