fbpx

Bersempena dengan bulan yang mulia ini, pasti ramai yang ingin mengadakan kejutan buat datuk dan nenek untuk digayakan di hari lebaran nanti bukan?

Kali ini anda tak perlu susah payah untuk memeningkan kepala anda dengan memikirkan hadiah apa yang paling terbaik untuk diberikan kepada orang tersayang anda.

Grab sahaja HUAWEI Y5 (2019) dengan harga RM459 yang akan mula memasuki Malaysia pada 31 Mei ini dan terus akan mendarat ke semua kedai cawangan HUAWEI! Ini antara yang menarik mengenai Huawei Y5 (2019).

1. Hadiah Paling Awesome Dengan Harga Yang Tak Masuk Akal

HUAWEI Y5 (2019) boleh dijadikan hadiah Ramadan yang hebat untuk datuk nenek. Nak-nak lagi harganya yang berpatutan dan dilengkapi dengan teknologi terkini.

Dari segi spesifikasi, Huawei Y5 (2019) hadir dengan skrin 5.71-inci, dijana cip MediaTek MT6761, memori 2GB RAM, dan storan 32GB. Ia turut hadir dilengkapi bateri berkapasiti 3020mAh dan mengunakan Android 9.0 Pie.

Kali tu, lebaran nanti bolehlah datuk nenek anda mengambil foto yang tidak dapat dilupakan dengan ahli keluarga, menonton video dan filem dengan orang tersayang disebabkan telefon pintar ini mempunyai saiz bateri yang boleh bertahan selama sehari.

2. Mengambil Keluarga Dengan Kapasiti Kamera Yang Besar

HUAWEI Y5 (2019) ini mempunyai prestasi fotografi yang luar biasa dengan kamera belakang f / 1.8 13MP, yang memastikan kualiti gambar lebih jelas, serta kepekaan cahaya yang luar biasa.

Ini bermakna apabila seseorang mengambil potret keluarga, HUAWEI Y5 (2019) dapat menangkap dengan jelas setiap penampilan ahli keluarga, walaupun dalam persekitaran cahaya yang rendah dengan fokus yang lebih baik.

Bagi orang tua seperti datuk dan nenek, HUAWEI Y5 (2019) akan membantu mereka untuk menangkap gambar dengan jelas dalam setiap saat dalam kehidupan seharian mereka tanpa gambar yang blur.

3. Lebih Banyak Ruang, Lebih Keseronokan

Bagi orang tua, tujuan utama telefon pintar terletak pada fungsinya, dimana HUAWEI Y5 (2019) menawarkan segalanya dengan kapasiti storan 32GB.

Ini membolehkan datuk dan nenek anda menyimpan gambar dan video keluarga dengan lebih banyak tanpa perlu risau tentang pengurusan storan, yang mungkin menjadi masalah bagi sesetengah individu.

Selain itu, HUAWEI Y5 (2019) mempunyai tiga slot kad dimana terdiri daripada dua kad nano-SIM dan memory card yang boleh dimuatkan sehingga 512GB.

4. Pengesanan Wajah Untuk Membuka Kunci Screen

HUAWEI Y5 (2019) mempunyai fungsi face unlock hanya dengan mengambil masa 1.5 saat.

Selain itu, kecerahan skrin secara automatik akan meningkatkan pencahayaan rendah untuk prosedur pembukaan muka yang licin dan berkesan; fungsi ini telah terbukti berkesan dengan kadar kejayaan 98%.

Oleh itu, telefon pintar ini dapat memberi keselesaan kepada orang tua anda, terutama apabila kadang-kadang mereka melupakan kata laluan pada skrin kekunci.

5. Hanya Menggunakan Satu Tangan

HUAWEI Y5 2019 boleh didapati dalam 3 reka bentuk dan warna yang berbeza: untuk pandangan logam, terdapat Midnight Black dan Sapphire Blue, manakala untuk tekstur yang unik anda boleh dapati warna Amber Brown.

Selain penampilan yang indah, tekstur khas ini direka dengan lebih awesome apabila telefon pintar ini kurang licin sehingga mudah untuk cengkaman yang lebih tegas dengan hanya menggunakan satu tangan.

Jadi, apa tunggu lagi jom grab hadiah istimewa ini untuk dibawa pulang ke kampung nanti! Barulah bertambah happy datuk nenek di kampung.

Maklumat lanjut layari laman rasmi HUAWEI atau terus ke Facebook HUAWEI.