Tampil menghulurkan sumbangan kepada Masjid Al-Hidayah Kampung Sungai Penchala (MAHSP), Kuala Lumpur semalam, bekas jaguh perseorangan badminton lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei mendapat pujian ramai.

Rata-rata netizen mengagumi serta memuji usaha pemain lagenda itu yang memberi bantuan tanpa mengira bangsa dan agama. Malah, ramai yang berkata tindakan Chong Wei itu seharusnya menjadi contoh.


BACA: Hairul Azreen Dikecam Tak ‘Study’ Sebelum Temuramah Datuk Lee Chong Wei

Usaha Chong Wei disifatkan sebagai menonjolkan sikap unik rakyat Malaysia di mata dunia dengan  menghormati antara satu sama lain dan ia sudah sebati di jiwa masing-masing.

Ramai yang tidak melepaskan peluang untuk menzahirkan ucapan terima kasih atas sumbangan beliau serta mengharapkan dan berdoa agar Chong Wei akan memperoleh hidayah atas usaha murni itu.